Followers

Wednesday, January 5, 2011

Mir Aqiel Azhad ke Genius Aulad

Salam semua, wah nampak berseri-seri muka masing-masing sejak akhir-akhir ni ye. Tahulah baru dapat dividen ASB. Rasa macam dapat durian runtuh lak kan. Yelah, tengah-tengah poket semput dok membayar itu ini untuk persiapan anak-anak sekolah dan segala macam yuran, bila dapat dividen ASB lega sikit rasanya. Actually itulah apa yang aku rasakan sekarang.

Bersyukur dengan keputusan sendiri buat loan ASB 3 tahun lepas, walaupun rasa perit nak membayar tiap-tiap bulan, sekurang-kurangnya setiap awal tahun boleh tersenyum mendapat `hasilnya'. Alhamdulillah!

Terout of topik lak. Sebenarnya nak cerita pasal si Mir Aqiel Azhad bin Muhamad Ali. Memandangkan tahun ni dia dah 4 tahun, maka seperti abang-abang dan kakaknya yang mula bersekolah tadika seawal usia 4 tahun, maka hari ini (5 Januari 2011) secara rasminya Aqiel menjejakkan kaki buat kali pertama ke sekolah tadika.





Pemilihan Genius Aulad Enrichment Centre ni dibuat...
setelah `merantau' ke beberapa buah tadika di sekitar bandar Melaka. Melihat kepada sistem pendidikan (English Medium and Islamic Approach) yang bagi saya sangat menarik serta kejayaan Genius Aulad di Kuala Lumpur, maka saya memutuskan untuk mencuba di sini. Dulu kakaknya saya hantar ke CEC Real Kids Enrichment Center.







So hari pertama ni nasib baik Aqiel tidak meragam dan menangis. Dia happy sahaja jumpa dengan kawan-kawan baru dan paling gembira apabila kat situ ada playground. Nasib baik minggu ni (Rabu, Khamis, Jumaat) merupakan Hari Orientasi. Minggu depan baru mula kelas. Tapi untuk 4 tahun aku tengok silibusnya taklah heavy sangat. Sesuailah dengan usia.

Apapun semoga Aqiel suka dengan sekolahnya dan dapat explore banyak benda / ilmu baru...Insyaallah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails