Followers

Wednesday, September 21, 2011

Sekolah Agama? Tak Naklah!

Assalamualaikum semua,


Lama betul kita tak bersua di alam maya ni kan. Memang sangat rindu. Rindu nak menulis, rindu nak membaca komen, rindu nak blog walking dan macam2 rindu yang tak terbuat dan terluah. Bila lama dah tak menulis ni so skill pun semakin berkarat. Idea pun tak keluar-keluar. Maklumlah bila dah kerja sendiri ni baru terasa masa berlalu dengan sangat pantas. Dulu masa bekerja dengan orang, tertunggu-tunggu bila nak sampai hari Jumaat. Tapi bila kerja sendiri, sedar-sedar dah Jumaat. Terasa sangat cepatnya masa berlalu dan banyaknya kerja nak dibuat.



Sepatutnya bulan Oktober nanti aku akan menganjurkan Melaka Islamic Education Fair 2011 (MIEF 2011) di Mydin, MITC, Ayer Keroh Melaka. Tetapi disebabkan kebanyakan sekolah-sekolah yang ingin terlibat memohon agar ditukar tarikh kepada cuti sekolah, so aku pun tanyalah pihak Mydin sama ada tarikh cuti sekolah masih kosong. Nasib baik rezeki aku agaknya maka dapatlah pada tarikh 10-11 Disember 2011 (Sabtu- Ahad) Bulan November bermula daripada 18/11 (start cuti sekolah) semua dah fully booked. 


MIEF 2011 ini adalah baby project aku. Projek yang dah lama aku idam-idamkan untuk dilaksanakan. Tujuan aku adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa terutamanya di Melaka (sebab buat kat Melaka) tentang peluang bagi mereka sekiranya ingin menghantar anak-anak belajar ke aliran agama sama ada sekolah kerajaan ataupun sekolah swasta. Lagi satu aku ingin mengubah persepsi masyarakat yang takut nak hantar anak ke sekolah agama sebab katanya tiada masa depan. Peluang kerjaya hanya sebagai ustaz dan ustazah sahaja. Lagi satu bila hantar anak ke sekolah agama dan tahfiz anak nanti tak boleh jadi doktor, peguam, akauntan dan sebagainya. Mentaliti sempit inilah yang aku harap dapat aku ubah dengan adanya pameran ini.


Kebanyakan sekolah agama yang bersetuju untuk menyertai pameran ini merupakan sekolah agama yang menggabungkan sistem pembelajaran berfokuskan Al-Quran, pembangunan sahsiah dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM) untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Mereka mampu mencapai impian menjadi doktor, peguam, arkitek atau apa sahaja profesion yang mereka inginkan tetapi didada mereka tetap berteraskan tauhid, ketaatan kepada Allah SWT dan sentiasa berlandaskan AlQuran dan Sunnah, Insyaallah! Alangkah bangganya kita sekiranya anak kita seorang Doktor dan dihujung namanya ada perkataan AlHafiz. Sejuk perut ibu mengandung!


Di Selangor ada sekolah Sekolah Menengah Tahfiz Sains, tapi tak dapat menyertai pameran sebab hanya mengambil pelajar dari Selangor sahaja. Untung orang Selangor. Tapi sebenarnya di Kelantan, banyak rupanya sekolah-sekolah tahfiz sains ini. Kelantan memang selalu kehadapan dalam bidang pendidikan agama berbanding negeri-negeri lain. Antara sekolah-sekolah lain yang terkenal ialah Imtiaz di Terengganu, Sekolah Tinggi Assofa di Seremban, Sekolah Menengah Islam Hidayah di Johor, Maahad Attarbiyyah Al-Islamiyah di Perlis dan sebagainya. Di Melaka pun ada iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran, Chenderah, Jasin.


Insyaallah selepas ini saya akan senaraikan semua sekolah-sekolah islam yang mengambil bahagian beserta dengan website link masing-masing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails