Followers

Monday, August 23, 2010

Akhirnya Berjaya Masukkan Commentluv Dalam Blog

Sebenarnya jeles tengok ramai rakan-rakan blogger dah pakai commentluv (CL) kat blog masing-masing. Aku teringin sangat nak menggunakan CL ni sebab kita boleh jawab komen direct kepada orang yang bagi komen, ada backlink sebab aku suka masuk blog yang ada backlink latest entry sebab ini juga salah satu cara untuk upkan traffik ke blog kita. Lagipun aku rasa ia cantik dan kemas.

So lepas bersahur tadi aku pun masuk tanya pakcik google macamana nak pasang CL utk blogspot.
Makanya aku terjumpala tutorial ini :


Thursday, August 19, 2010

Rintihan Pakistan

RINTIHAN PAKISTAN

- 20 juta penduduk terjejas
- 4 juta hilang tempat kediaman
- 3.5 juta kanak-kanak terancam
- 6 juta tak dapat bekalan air bersih
- kurang USD500 juta nilai bantuan

Itulah antara fakta yang dilaporkan mengenai banjir Pakistan.
Memang kesian … kita kat Malaysia bila banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang … paling-paling ramai pun ribu aje yang terjejas. Itupun semua dapat dikumpulkan di pusat penempatan sementara mangsa banjir. Rumah memanglah tenggelam .. tapi tak musnah teruk. Kalau rosak pun perkasas elektrik, furniture. Tapi lepas tu segera dapat bantuan … tak kiralah berapa banyak pun, tapi bantuan tetap bantuan. Syukur …

sumber: CBCNewssumber:smh.comsumber: reuters


Tapi yang ni … tak terjangkau dek akal fikiran kita. Ada yang menganggarkan keluasan yang terjejas seluas 3 negara di Eropah .. Austria, Belgium dan Belgium. Memang luas. Kini katanya gelombang banjir sedang menuju ke selatan. Maknanya belah-belah utara tu seperti Peshawar, Nowshera tgh menyurut … yang dok teruk sekarang dan minggu depan adalah Sindh. (tengok peta la … nak bayangkan payah gak).


sumber: BBC

Masalahnya sekarang bukan takat banjir je … lepas banjir natijahnya lagi hebat. Bantuan lambat sampai, ubat, penyakit bawaan air menular, air bersih … perrrggghhh. Sabar je la. Macam mana nak hidup ni??? Pening kepada gomen nak settlekan. Aku yakin bukan mereka sengaja buat macam tu … tapi mesti banyak aral. Jalan perhubungan terputus, kesukaran komunikasi .. memang dua benda nilah yang sering jadi masalah dalam setiap pasca bencana alam. Tapi, bab-bab birokrasi, kelemahan sistem juga satu hal gak. Tapi tak kisahlah, itu bukannya persoalan yang aku nak bangkitkan. Persoalan yang penting ialah diskriminasi.

Kenapa bencana di Pakistan seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sepatutnya? Korang ingat tak gempa bumi di Haiti? Menurut laporan media, bantuan yang terkumpul untuk mereka mencecah USD13 bilion. Itu belum masuk lagi tak sampai 24 jam, megastar Hollywood bersatu buat telethon untuk kumpul bantuan. Di Pakistan??? Selepas 3 minggu, tak sampai setengah billion USD pun. Apsal??? Sebab Pakistan negara Islam??? Sebab kat Pakistan ada Taliban??? Memanglah jumlah yang mati kat Pakistan kira-kira 1500 mangsa … tak besar berbanding Haiti, tetapi skalanya ternyata jauh lebih teruk. Nasib baiklah, pelakon kegemaran laki aku si Angelina Jolie … yg laki dia hensem tu … ada buat rayuan pada dunia bersama bantu Pakistan. Yang lain ada???

Jadi kawan-kawan, sempena bulan baik ni kita bersimpatilah pada mereka. Kalau tak dapat bantu wang, harta benda dan tenaga … cukuplah dengan doa supaya saudara Islam kita di sana tabah berdepan dengan ujian. AMIN …. (nasib baik rumah aku kat tempat tinggi)

p/s: sebelum terlupa, Ali bagitau. Astro AWANI ada hantar krew ke Pakistan untuk liputan di sana. Jangan lupa Astro AWANI Saluran 501

30 daripada 50 Remaja Perempuan Tiada Dara?

Ini bukan saya kata tapi hasil daripada kajian Hj Hushim Salleh, Pensyarah Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaya dalam akhbar Berita Harian sisipan Ratu.

kata beliau " Hari ini 30 daripada 50 remaja perempuan sudah tidak ada dara lagi dan usahlah terkejut kerana ramai antara ibubapa tidak dapat menghidu penzinaan anak kerana remaja bijak menyembunyikan perbuatan buruknya itu".

sambungnya lagi " Seorang remaja lelaki Tingkatan 4, masih bersekolah, mengakui sudah melakukan zina sejak berusia 14 tahun lagi. Apabila ditanya kenapa dan bagaimana berlaku, remaja itu dengan mudah mengatakan beliau melakukan zina kerana seronok selain senang mendapatkan budak perempuan. Teknik asas diperolehi menerusi video lucah".

Pening kepala baca artikel ini tadi. Dalam hati aku masa umur 14 tahun langsung tak tahu apa-apa pun pasal seks. Organ seks tahulah tapi kaedahnya langsung `blur'...tapi budak sekarang siap berzina dengan sewenang-wenangnya hanya untuk keseronokan. Hari ni aku dengan dia, esok kau pulak. Boleh??

sumber pakcik google

Lagi satu aku nak tanya pasal budak-budak perempuan zaman sekarang ni...30 daripada 50 sudah takde dara?? Apsal murah sangat harga diri masing-masing. Apa yang dorang cari sebenarnya sampai senang-senang aje menyerahkan mahkota diri yang sepatutnya dinikmati bersama lelaki yang bergelar suami. Patutlah banyak kes buang anak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kadang-kadang aku pelik dengan remaja-remaja perempuan sekarang ni. Mereka sering melakukan sesuatu perkara hanya mengikut emosi, perasaan, pujian-pujian (sedangkan orang yang memuji tujuan nak mengena aje), bangga diri tanpa sebab lantas meletakkan kebolehan berfikir ke tahap paling bawah sekali walaupun tindakan yang diambil itu sebenarnya seperti memperjudikan masa hadapan mereka dan keluarga mereka.

Tengoklah berapa ramai yang dilaporkan lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki, berapa ramai yang menyerahkan tubuh badan walau baru beberapa jam kenal dengan pasangan. Berapa ramai yang menjadi bohsia malah sangat bangga dengan status bohsia itu. Berapa ramai yang tidak kesah hubungan seks dirakamkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kemudian menyebarkan ke internet. Malah banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan remaja perempuan yang dikatakan bijak pandai tetapi melakukan perkara yang tidak membayangi kecerdikan akal mereka.

Janganlah engkau menghampiri zina

Orang perempuan kena ada pendirian. Kena ada harga diri. Kena ada keimanan. Ini sangat penting. Bila terasa nafsu mula mengawal diri, beristighfar banyak-banyak, ingat Allah, ingat ibubapa, ingat dosa pahala dan katakan TIDAK pada lelaki yang kata sayang kat anda tapi masih ada hati nak merosakkan anda...Pilihan ditangan anda.

Kalau sekarang 30 daripada 50 dah takde dara...bagaimana pula tahun-tahun akan datang!

Tuesday, August 17, 2010

BRILLIANT PARENTS' SEMINAR


Salam Semua

Bagi yang ingin membantu diri sendiri, anak-anak dan keluarga ke arah kecemerlangan akademik anak-anak sila hubungi kami di talian seperti berikut :

Hp: 019-2052002
Pejabat : 06-2818005
email : jrs@allied-consulting.com.my



Friday, August 13, 2010

Hukuman Berat Kepada Pesalah Buang Bayi - Apa Kata Anda?

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam


Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.




"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.

Sebagai tindakan susulan, pihak PDRM juga diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. 



Sumber Berita Harian

Saya cuba tidak mahu beremosi bila bicara tentang topik ini. Cuba bertenang dan menimbang mengapa dan kenapa terjadi situasi sebegini. Tapi mana mungkin. Tengok gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan mengundang air mata. Hati menjadi benci kepada manusia yang berjiwa hantu. (saya tidak gunakan istilah haiwan sebab haiwan pun sayangkan anak).



Sehingga kini diberitakan sebanyak 60 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ada bayi yg meninggal, ada bayi yang masih hidup. Tapi kebanyakannya bayi yang dibuang itu dijumpai meninggal dunia dalam keadaan yang amat memilukan. Dibuang di tong sampah sehingga di makan oleh anjing yang berkeliaran, dibuang di loji takungan najis, ke dalam sungai, dalam longkang malah berita baru-baru ini pekerja pengangkut sampah menjumpai bayi di dalam timbunan sampah dalam keadaan separuh rentung.

Menyedihkan lagi apabila  kebelakangan ini ia seperti menjadi satu pesta buang bayi pulak.
Kuasa Allah, kebanyakan bayi yang dibuang/dibunuh/disorok/ditanam walau macamana keadaannya pun akan segera dijumpai untuk disempurnakan selayaknya sebagai seorang Muslim yang bersih dan suci.

Apabila kerajaan mengumumkan bahawa pesalah buang bayi ini tidak lagi disiasat di bawah seksyen 31 Akta kanak-Kanak tetapi mengikut seksyen 32 dan 34 Kanun Keseksaan sebenarnya secara peribadi saya sokong 100%. Biar padan muka mereka yang berjiwa hantu itu tadi (pastikan juga pesalah lelaki sekali disabitkan jangan hanya wanita sahaja yang dipersalahkan). Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kes ini sebenarnya mereka tidak pernah insaf malah meneruskan lagi kegiatan penzinaan, pergaulan bebas, bertukar pasangan dan sebagainya. Harap-harap bila dihukum gantung atau penjara seumur hidup sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada orang lain dan dapat mengurangkan kejadian yang semakin menjadi-jadi ini.
Juga mungkin peringatan kepada ibubapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak mereka keluar malam bersosial hingga lewat malam atas dasar sporting dan tiket kebebasan konon.

Tapi adakah ini penyelesaiannya?? Apa kata anda?

Tuesday, August 10, 2010

Apakah KPI anda Ramadhan Tahun Ini?

Salam semua,

Bermula maghrib malam ini suasana pasti akan berbeza. Terkenang suasana kampung bila setiap kali menjelang malam sambutan ramadhan, keriuhan dan kesibukan amat terasa menjelang maghrib itu. Masing-masing sibuk bersiap seusai sembahyang maghrib dan kemudian kelihatan ibu-ibu berbondong-bondong bertelekung mengheret anak-anak kecil ke masjid bagi menunaikan sembahyang terawih yang pertama. Masing-masing tidak mahu terlepas menikmati kemeriahan malam pertama Ramadhan. Anak-anak kecil pun berlari keriangan berkejaran dengan gelak tawa tanpa takut kerana tahu syaitan telah diikat dengan rantai besi supaya tidak mengganggu umat Muhamad sepanjang Ramadhan ini. Macam satu psikologi anak-anak tiba-tiba menjadi berani di malam hari sepanjang bulan Ramadhan. 

Walaupun suasana amat berbeza sepanjang 10 tahun menetap di taman perumahan yang biasanya suram dan biasa-biasa aje menjelang Ramadhan, lantas setiap tahun malam Ramadhan semua anak-anak ku `angkut' balik ke kampung untuk menjiwai suasana dan kemeriahan sambutan Ramadhan itu. Tapi rasanya tahun ini aku mahu `hidupkan' kemeriahan Ramadhan di rumah sendiri. Insyaallah malam ini selepas solat Maghrib kami akan membacakan Yaasin dan kemudian bergerak ke masijd berhampiran untuk bertarawikh.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini kebanyakan syarikat menilai prestasi pekerja dengan meletakkan KPI masing-masing. Jika dulu disebut Sasaran kerja Tahunan (SKT). Apapun istilahnya tetap sama. Kita dinilai melalui prestasi kerja. Jadi adakah kita telah menetapkan KPI kita untuk Ramadhan kali ini?

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita mendapat segala kebaikan yang ditawarkan oleh Allah swt di bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan ini. Insyaallah.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan ini boleh dijadikan panduan untuk memenuhi KPI kita tahun ini. 

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

# Niat berpuasa sebulan pada permulaan Ramadhan
# Bersembahyang terawikh
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
# Mengaji Al-Quran, bertadarus lebih baik sehingga khatam Quran di bulan Ramadhan
# Solat berjemaah setiap waktu
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
# Sahur di akhir waktu
# Kurangkan tidur
# Mandi Janabah sebelum Imsak
# Tunaikan Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh)
# Solat Dhuha
# Jaga pancaindera
# Hadiri Majlis Ilmu
# Mempercepatkan berbuka puasa sebaik-baik dimulakan dengan 3 biji kurma 
# Berbuka bersama orang tua
# Jemput tetamu berbuka puasa
# Bersedekah
# Banyak beriktikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami-isteri
# baiki hubungan jiran tetangga
# Kuatkan kesabaran
# Banyakkan selawat,istighfar dan berzikir
# Berazam untuk beramal terutama  10 malam terakhir
# Mengejut anak dan isteri di 10 malam terakhir
# kurangkan hiburan yang melalaikan
# Elakkan banyak berhutang
# mendoakan ibubapa samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia
# sembahyang di awal waktu
# Elakkan pembaziran
# Tunaikan zakat fitrah

Harapan Ramadhan: Raihan feat Man Bai






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails