Followers

Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

Thursday, May 20, 2010

The Naked News...Pembaca Berita Bogel?

Petang yang indah semalam dimanafaatkan dengan menonton TV. Lama sungguh tak menonton TV di siang hari. Sambil mengunyah makaroni bakar buatan sendiri, menghirup nescafe panas yang harum aromanya..walla! tangan pantas menekan `remote control' mencari-cari rancangan yang menarik petang itu. Tetiba tangan terhenti  dan mata tertumpu melihat rancangan Believe It or Not. Kat TV berapa tak ingat. TV3 kot. Ada yang menarik disitu....

Nak terbeliak biji mata apabila melihat rancangan tersebut dipertontonkan satu persatu.
Mak aii...rancangan macam ni pun ada ka? baca berita lagi. Terperanjat melihat pembaca berita wanita pada awalnya memakai pakaian sopan seperti yang selalu dipakai oleh pembaca berita yang lain. Peliknya mereka ini, sambil menyampaikan berita, mereka akan membuka satu persatu pakaian sehingga akhirnya mereka menyampaikan berita tanpa seurat benang pun!

(jgn nak klik kasi besar lak...dah adjust dah...)

Bukan sahaja dalam studio tapi sekiranya mereka membuat liputan diluar pun, atau menemubual orang ramai  mereka juga akan menanggalkan pakaian mereka....teruk betulkan?? Dah macam rancangan porno aje.

Sesuai dengan tagline "The Program with Nothing to Hide" (konon-konon menyampaikan berita yang telusla..) Naked News ni merupakan saluran berita internet pertama yang meyampaikan berita melalui `naked newscaster' dan diterbitkan setiap minggu selama 50 minit. Siapa berminat kena subscribe. Berita-berita yang disampaikan meliputi berita dunia, ekonomi, hiburan dan sukan. Tapi, masalahnya kalau menyampaikan berita dunia misalnya tentang peperangan, rusuhan dan sebagainya dlm keadaan berbogel, apakah nilai berita yang disampaikan itu? Adakah penonton melihat berita atau melihat pembaca berita menanggalkan pakaian satu persatu...isk!isk!isk!

Peliknya semasa mereka menanggalkan pakaian, konsentrasi mereka bagai tidak terganggu, mereka dapat menyampaikan berita dengan lancar dan ekspresi muka yang bersahaja. Memang pro la dorang ni.

Kalau dalam studio pulak jika ada rancangan temubual bersama tetamu-tetamu jemputan yang kebanyakannya lelaki, mereka dengan selambanya membuka pakaian sampai habis. Tetamu tu lak sambil jawab soalan sambil jelinglah kat pengacara bogel tu...hahaha...lawak2. Tapi control abisla tetamu tu melihat aksi pengacara yang menggoda sambil bertanyakan soalan.

Macam-macamkan orang nak cari duit dan nak popular. Tapi personally aku rasa, rancangan ni betul-betul mengeksploitasi kaum wanita la..Pastinya subscribernya ramai lelaki dan percayalah dorang bukannya nak tengok berita sangat!

Kalau nak tengok lebih lanjut silalah klik kat sini : 18 tahun ke atas aje...(i dah padam link ni..klu nak tau google sendiri la!!)

Wednesday, May 12, 2010

Tatkala Mentari Tersenyum di Hari Lahirmu


Selamat Hari Lahir Yang ke 8
MIR FASYA AINA BTE MUHAMAD ALI 


 Sayangku...
Bila Ibu Boleh Memilih

Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu 
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak 
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
 (Dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati)

Saturday, May 1, 2010

PROGRAM ENGLISH SURE BOLEH

STICKY MODE


       Sila klik untuk poster yang lebih besar

Nama Program : English Sure Boleh
Tarikh : 15 dan 16 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Bayaran : RM150 seorang
Tempat : Auditorium Seri Negeri
              Aras Bawah, Blok Laksamana
              Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh
              75450 Melaka

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3

Kursus ini antara kursus yang popular di kalangan pelajar dan guru kerana pengisiannya yang lain daripada yang lain, bukan berorientasikan peperiksaan dan pengajarnya yang santai dan sangat menghiburkan. Bermatlamat untuk memupuk minat pelajar kepada Bahasa Inggeris dan menyedarkan mereka tentang kepentingan Bahasa Inggeris pada masa sekarang serta menunjukkan CARA MUDAH untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan 5 langkah asas iaitu reading, listening, talking, writing and speaking.

Kepada yang berminat, sila hubungi Puan Iyla (019-2052002), Puan Su (019-6586867) dan En Jumari (017-6711902)

Tempat terhad untuk kesan yang lebih effektif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails