Followers

Thursday, April 22, 2010

Bila Blog Mula Bersawang

Salam semua,

This is a very short note. Just to inform that my lappy masuk workshop. Buat perangai disebabkan my little boy, aqiel tumpahkan air teh `o' atas keyboard. Terus aje jam. Bila on kuar skrin biru dan semua button kat keyboard tu tak berfungsi. Hantar kat my friend yang pandai betulkan laptop, dia cakap keyboard tu rosak terus dan kena tukar keyboard baru. Tapi nak dapat yang ori kena tunggu 2 minggu. Sekrg ni dah seminggu dah. Kena tunggu lagi seminggu.

Lama sangat rasanya. Takut kawan-kawan risau (adake yang risau?), jadi tebalkan muka pinjam lappy member dan cakap nak inform kengkawan `maya' tentang kehilangan sementaraku ini....

Jadi kepada sesiapa yang datang blog, sori saya tak dapat nak balas kunjungan, tak dapat nak buat blogwalking, tak dapat nak bagi komen. Alamak, sedih lak rasanya. Rindu pun ada gak...hehehe.

Hari Sabtu ni (24/4) saya akan ke Bachok, Kota Bahru, Kelantan selama 4 hari. Rabu baru balik. Lepas tu hari Ahad akan ke Kuantan pulak. Jadi kalau tak dapat nak update blog...faham-faham aje lah ye. Tapi kalau lappy dah ok pada masa tu, saya akan usahakan untuk masukkan entry baru.

So, have a nice day...See u then!

Tuesday, April 13, 2010

Cabaran Biggest Loser

Sebenarnya dah lama dah berazam nak kurus ni. Tapi tak taulah kenapa asyik gagal aje. Turun 2 kg, naiknya 3 kg. Lepas tu turun lagi 2 kg, naik lagi 3 kg. Last-last tengok kat cermin, eh tu aku ke? ingatkan syanie tadi...wakaka! Syanie pun dah kurus la ni hasil pembedahan pendekkan usus perut. Tapi aku rasa dia perlupun buat macam tu sebab berat badan dia mengikut doktor dah tahap kronik dah.

Aku kalau ikut sejarah, memang selim melim la sebelum ni. Dengan ketinggian 153 cm, berat 50kg-52kg, aku di kira petitela,,,comel gak...Berat ideal. Menjadi idaman jejaka malaya (pergh!!) Tapi segala-galanya berubah bila aku mula kahwin...(sila salahkan Ali...hahaha) dan dpt anak. Berat badan naik mencanak-canak.  Rekod paling cemerlang aku pernah pegang ialah 79.5 kg. Tapi tu masa mengandunglah. Kalau tak mengandung 67kg. BMI 27.8. Dakwat merah tu tanda obes tahap 1. Waaaa..dah obes dah aku ni. Tulun!! Kalau jalan tu dah rasa mcm penguin la cuma lenggang cantik sikit dari penguin. Itupun sebab aku goyang lebih sikitla, supaya orang tak perasan aku jalan macam penguin la kan.

Tapi kali ni aku nekad. Betul, serius ni (tapi rasanya dah puluh kali dah nekad mcm ni). Kalau korang tak percaya, cuba tengok kat blog ni bahagian atas sebelah kanan tu. Nampak tak ada weight ticker. Itulah tandanya aku serius nak kurus. Aku start masa aku 66kg. Setelah beberapa ketika aku mendietkan diri, mengaerobik kan diri, maka aku berjaya kurangkan jeng!jeng!jeng! SATU kilo...yahuu!

Yahuu kebendanya. Aku frust ok. Aku rasa dah banyak dah peluh ku tumpah. Berbaldi-baldi. Beberapa kali juga aku hanya menahan air liur dari menitik bila melihat makanan kegemaranku dihidang atau ditayang-tayang didepan mataku. Bukan setakat air liur, air matapun mengalir tau..

Hasilnya, SATU kilo.

Ini tak boleh jadi. Disebabkan aku serius nak kurus, maka aku perlukan booster. Mungkin banyak sangat lemak tepu dlm badan yang hanya boleh dihapuskan hanya menggunakan `bom lemak'. So aku pun mencuba satu produk ni. Actually baru aje dapat petang tadi. Lepas maghrib dengan rasa terujanya dan dengan semangat berkobar-kobarnya aku pun minum teh herba dan 1 biji  kapsul. Katanya dalam teh herba tu ada bahan yang berfungsi sebagai bom lemak. Kalau ikut testimoni jiran sebelah rumah, dia turun 10 kg dalam tempoh 3 bulan lebih. Mengancam habis. Tu yang aku tak tahan tu. Tengokla macamana? Kalau tak kurus jugak, nak buat macamana. Mungkin dah ditakdirkan aku begini selamanya..(ceh, mood sedihla pulak). Apa-apapun aku akan update selepas sebulan dari tarikh hari ini (13 April) dan kita tengok macamana ek...Tungguuu...(waduh tercabarnya aku)

Ini dia produk yang ada bom lemak tu..Tak pernah dengarpun dulu. Tapi rupanya dah 4 tahun dah kat Malaysia, ada sijil halal dan pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

                                                                

Thursday, April 8, 2010

Beautiful Blogger Award

First Time dapat Award ...Happynye...!



~ Thanks & Link The Person That Gave U Da Award..
~ Pass Da Award Onto 15 Bloggers You've Recently Discovered & Think Are Fantastic..
~ Contact Said Blogs & Let Them Know They've Won Da Award..
~ State 7 Things About Yourself..


Thanks to Lynn Nasir for the award she gave to me. Terharu sangat and I am so honoured. terperasan `beautiful' la pulak...Muah!Muah! (kisses for u :)



So, syarat-syaratnya adalah :

State 7 Things About Yourself..
Well, saya ni seorang yang...
i) Simple tapi suka kelihatan menarik
ii) mengidam nak kurus..tapi tak kurus-kurus...waaa!!
iii) suka sangat makan coklat, kek tiramisu dan indulgence serta triffle buatan sendiri 
(sebab tu la kot tak kurus-kurus :)
iv) bercita-cita nak jadi businesswoman yang berjaya
v) suka melancong ke luar negara tapi baru dapat pegi Bandung. Itupun tahun 2008
vi) Suka kasut, handbags dan Fahrin Ahmad (ada kena mengena tak? hehehe)
vii) Love movies and suka tgk with my hubby berdua-duaan (anak tinggal jap dgn maid :)

Lepas tu...
i kena pass this Beautiful Blogger Award to 15 Beautiful Bloggers who have a wonderful blogs...
yang i suka baca, asyik ulang alik kat situ aje...so here they are...

4) Aini
9) jard
10) kujie
11) cik epal 
13) isza
15) (nanti update)


So, kepada Lynn Nasir, Thank You Very Much ya....This daisy is for you


Wednesday, April 7, 2010

Kenapa Bila Sekolah Cina, Taknak Hantar Anak ke Sekolah Agama?

Semalam Mak dan adik selamat sampai ke tanahair selepas 10 hari menunaikan umrah. Mak pegi hari Ahad lepas 28 Mac-6 April 2010. Masa mak pegi aku tak dapat nak hantar ke KLIA sebab outstation di Sungai Petani, Kedah. So, bila mak balik ni adalah peluang aku menjemput bersama-sama dengan abah dan adik no 4 dan no 6. Mak nampak sangat happy dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah selepas 25 tahun iaitu pada masa mak pergi menunaikan fardhu haji. Bukan main panjang lagi sengih mak masa sampai semalam.

Walaupun aku tiada, anak-anak sekolah macam biasa. Anak yang sulung, minta jiran tolong amikkan semasa balik sekolah. Kebetulan anaknya sama satu sekolah dengan anakku. Yang no 2 dan no 3, terus pegi tuisyen naik van. Terpaksa ponteng sekolah agama. Tapi ganti balik hari Rabu nanti (hari ni la). Sepatutnya petang aku ambil, tapi disebabkan tak sempat so aku minta pusat tuisyen tu tolong hantarkan ke rumah. Aku suka pusat tuisyen ni senang nak berurusan dan sangat tidak berkira walaupun aku cakap akan bayar duit van. Katanya sesekali tak apala. FOC.

So, pagi tadi semasa aku hantar anak kat sekolah seperti biasa sembang-sembang dalam kereta tu. Semalam tak sempat nak tanya apa yang berlaku di sekolah. Selalunya aku akan tanya masa balik sekolah. Pertanyaan biasa selalunya, hari ni belajar macam mana, kena marah dengan cikgu tak? kena rotan/denda tak? (ye sekolah cina, ibubapa masih membenarkan anak2 di rotan tapi tidaklah sampai memudaratkan)

So my only doter, Baby cerita dia punya ejaan subjek Agama dapat semua betul. Dalam kelas tu (Tahun 2 ada lebih kurang 6 orang pelajar Melayu) hanya dia seorang aje dapat semua betul dan yang lain semua dapat markah kosong. Aku tanya ejaan tu dalam tulisan apa? Tulisan Jawi jawab Baby.

Aku terdiam seketika. Disebabkan pelajar Melayu tak ramai, so kami ibu-ibu ni kenal diantara satu sama lain. Aku tahu hanya aku seorang sahaja yang hantar anak ke sekolah agama petang. Yang lain cakap nak kena hantar anak ke tuisyen sebab risau penguasaan Bahasa Cina lemah. Lagipun tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama sebab SJKC waktu persekolahannya tamat agak lewat daripada SK. Mereka hantar anak-anak ke tuisyen mengaji pada setiap Sabtu dan Ahad untuk memenuhi keperluan agama anak masing-masing.

Well, bukan nak cakap aku bagus. Entri ni bukan tujuan untuk membangga diri atau mengata orang tak cukup bagus. Tapi bagi aku, keperluan AGAMA anak-anak aku tak boleh KOMPROMI. SJKC bukan alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah agama. Baby anak aku yang ke 3 belajar di sekolah SJKC. Bermula dari anak sulung, walaupun  sekolah cina, aku tetap hantar ke sekolah agama. Anak aku tetap tuisyen macam anak orang lain. Kalau di Melaka, sekolah agama untuk Tahun 1-3, Isnin-Rabu. Tahun 4-6, hari Rabu-Jumaat. So, apa yang aku buat ialah Baby ke sekolah agama setiap Isnin dan Selasa. Rabu-Jumaat dia pergi tuisyen. Alasan aku ialah Hari Rabu hari paling singkat tempoh pembelajaran dan selalunya cikgu jadikan hari Rabu hari aktiviti. Ariff (anak no 2, tahun 4) ke sekolah agama setiap Khamis-Jumaat.


Walaupun hanya 2 hari di sekolah agama, Baby masih di kelas pertama dan mendapat nombor 1-3 dalam kelas. Malah dapat mengalahkan pelajar-pelajar SK. Dilantik jadi Pengawas lagi. Ariff pula juga di kelas pertama dan kedudukan antara 15-19 dalam kelas yang mempunyai 34 orang pelajar. Ariff dan Baby satu-satunya pelajar SJKC dalam kelas masing-masing. Mereka memang sering datang lewat ke kelas tapi sebagai ibu aku telah memaklumkan tentang kemungkinan berlaku kelewatan dan ketidakhadiran kedua-duanya pada hari Rabu. Sekolah boleh bertolak-ansur. Alhamdulillah.Cuma kalau ada exam, mereka akan skip tuisyen. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.

Kenapa pentingnya sekolah agama?

i) Anak-anak boleh pandai membaca dan menulis jawi
ii) Anak-anak akan tahu tentang fardhu ain
iii) Anak-anak akan tahu tentang ulum shar'ie
iv) Ada basic Bahasa Arab
v) Belajar sembahyang
vi) Hafalan surah2 lazim bagi tujuan sembahyang
vii) Sejarah Nabi dan Islam
viii) Hukum-hukum basic dalam Islam. Tentang najis, halal dan haram, lelaki dan perempuan, syurga, neraka, aurat dsbnya

Semua perkara-perkara ini kita (akula) tak mampu nak ajar kat rumah. Kalau nak ajar mengaji mungkin boleh. Tapi perkara-perkara lain seperti Fardhu Ain, Bahasa Arab, Ulum, Jawi...semua ini memerlukan ustaz/ustazah. Aku pernah bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang satu kelas dengan anak aku. Tapi, aku tahu masing-masing mempunyai pendapat tersendiri yang mungkin dirasakan terbaik untuk anak masing-masing.

Tapi kalau tulisan jawi tak tahu...fardhu ain tidak diajar..
aku tak tahu nak cakap macamana...Bukankah tulisan jawi lambang jiwa melayu dan Islam serta berkait rapat dgn asas Alquran. Ditakuti akan datang, bila bangsa lain nak menggugurkan dan menidakkan tulisan jawi serta menaikkan tulisan mereka terutama di papan-papan tanda, tiada lagi orang yang akan membantah sebab anak-anak kita juga merasakan tiada kepentingannya sebab mereka sendiri tidak tahu membaca jawi. Nauzubillah!

Tuesday, April 6, 2010

Kasihmu seteguh Taj Mahal - Nilai Kasih Seorang Suami



Namanya Abu Said. Nama penuh aku tak pasti. Tapi mesra ku panggil Pak Cik. Beliau adalah bapa mertua kepada sahabat baik dan juga jiranku Su. Suami Su, Almansor juga sahabatku. Kami pernah bekerja di tempat yang sama. Aku kenali Pakcik sudah lama, sama usia dengan persahabatanku dengan Su. Kira-kira hampir 12 tahun lamanya. Aku kagum dengan Pakcik. Orangnya peramah, baik, pemurah. Kata-kata yang keluar banyak yang memberi semangat untuk berjaya dalam hidup. Isteri Pakcik yang kupanggil makcik merupakan insan setia yang sentiasa berada di samping Pakcik bermula dari saat mereka diijabkabulkan. Susah senang mereka hadapi bersama. Dimana ada Pakcik, disitulah ada makcik. Resam orang dulu-dulu yang sukar menzahirkan kasih-sayang, tapi dari perbualan dengan mereka, nama masing-masing tidak putus dari mulut keduanya.

Credit to Su@bualsantai

Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah. Ketika masih bergembira dengan suasana hariraya, suatu pagi dihariraya ke 5, selepas sembahyang subuh berjemaah dengan pakcik, makcik terasa seperti hendak muntah dan pergi ke bilik air. Selepas beberapa ketika pakcik menunggu makcik dan hairan kenapa makcik masih tidak keluar sedangkan kebiasaannya tidak begitu. Naluri hati seorang suami yang telah hidup bersama lebih 40 tahun merasai `sesuatu'. Benar telahannya. Makcik tertunduk ditepi kolah tidak sedarkan diri.

Tarikh itu bermulalah episod `kesedihan' bagi Pakcik dan keluarga. Makcik yang memang mengidap penyakit darah tinggi tidak sedarkan diri disebabkan salah-satu saraf di otak pecah. Sejak itu ICU HKL dan Melaka adalah rumah kedua makcik dan Pakcik disitu menemani penuh setia tanpa sedikitpun rungutan. Peraturan di ICU pelawat tidak boleh masuk selalu. Pakcik akan setia menunggu diluar. Matanya sentiasa mengerling masa bagi membolehkannya masuk semula. Keadaan makcik tidak seperti selalu, muka bengkak gara-gara operation, muka senget, kepala dibotakkan separuh, tapi Pakcik masih disitu, mengusap-usap kepala makcik dan tangan makcik dengan penuh kasih-sayang. Sedikitpun tidak luntur kasih sayang pakcik melihat keadaan makcik sebegitu.

Hampir 7 bulan makcik berada dalam keadaan separuh koma. Bila berbual dengan Pakcik, aku tahu Pakcik amat rindukan makcik. Dia ceritakan tentang masa-masa istimewa bersama makcik adalah selepas sembahyang tengah malam bersama-sama. Itu rutin hidup mereka sepanjang perkahwinan. `Kalau pakcik tak bangun, makcik kejutkan, kalau makcik tak bangun pakcik kejutkan. Yang penting kami dapat bangun sama-sama dan bermunajat kepada Allah.' Kemudian kami bercerita tentang anak-anak. Kalau ada mana anak-anak dalam kesusahan kami akan bacakan Yasin sehingga menjelang waktu subuh.'

Credit to Su@bualsantai


Ya! dari getaran suara dan genangan air mata, aku tahu pakcik sangat merindui saat-saat itu!!

Sepanjang makcik dalam separuh koma, sedikitpun pakcik tidak menyibukkan diri dengan perkara lain. Mujur semua anak-anak telah dewasa. Tinggallah kebunnya, tinggallah sawahnya. Tinggallah ayam dan itiknya. Hidupnya ketika itu hanya menemani isterinya yang tercinta. Kalau di hospital, selain dari membersihkan isterinya sambil dibantu oleh menantunya Su, pakcik akan bisikkan ayat-ayat suci, berdoa dan bercakap dengan isterinya. Kalau ada yang menziarah, dialah yang akan memberitahu makcik sesiapa yang datang. Kalau makcik tersedak tatkala minum susu melalui tiub, pakcik cepat-cepat mengusap-usap dada makcik. Jika ada sebarang perkembangan positif makcik seperti boleh membuka mata, batuk sehingga mengeluarkan suara, pakciklah insan paling gembira. Pengharapan pakcik melihat makcik sembuh memang tinggi. Benar, kasih sayang pakcik tiada sempadan. Ujian itu sebenarnya menebalkan kasih sayang pakcik terhadap makcik.


Namun ketentuan Allah tiada siapa dapat meramal dan menghalang. Makcik pergi jua. Atas redha seorang suami. Selepas mendapat berita dari doktor yang keadaan makcik kritikal ketika itu di HKL, pakcik terus melangkah ke masjid berhampiran. Memohon petunjuk. Seusai solat sunat, doa yang panjang dan penuh ketenangan pakcik merelakan makcik pergi jika itu ketentuanNya. Sebaik sahaja pakcik mendekati makcik, dalam keadaan semua anak-anak disisi, makcik menghela nafas terakhir dengan tenang pada hari Isnin, 29 Mac 2010.

Begitulah kasih sayang Pakcik yang menurut aku begitu luhur dan suci. Cinta yang tidak dizahirkan tetapi tersimpul erat di dalam hati. Tiada tempuh khusus yang doktor janjikan untuk makcik sembuh, tetapi harapan pakcik tinggi menggunung. Setiap hari pakcik bagaikan tidak sabar untuk melihat makcik di hospital, nak melihat makcik, pegang tangan makcik, mengurut-mengurut lengan dan kaki makcik, bisikan ayat-ayat suci dan bercakap-cakap dengan makcik. Kesetiaan dan kasih sayang Pakcik mengagumkan aku. Jarang benar aku menyaksikan peristiwa ini. Walaupun makcik dah tiada, aku tahu pakcik bersyukur kerana telah memberi perhatian sepenuhnya sepanjang hayat arwah.

Al Fatihah untuk makcik. Semoga makcik ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman dan ditempatkan di syurga. Amin! dan juga semoga Pakcik tabah meneruskan kehidupan tanpa makcik. Insyaallah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails