Followers

Friday, February 26, 2010

Gemersik Salawat Ke Atas Junjungan SAW

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

 teguhkan pegangan
tebalkan ketaqwaan
hayati keinsafan
Itulah sebaik-baik penghayatan

Kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ila-ali@anywhere
Kami mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1431H



Wednesday, February 24, 2010

Kenapa Mesti Menjerit Bila Bergaduh

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid²nya, 
“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, 
dia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana ketika itu dia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak.”

“Tapi…” guru itu balik bertanya, “lawan bicaranya berada dekatnya. 
Mengapa harus berteriak? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. 
Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan,
 jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikal mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. 
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? 
Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara
 suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. 
Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. 
Mengapa demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.
Mereka nampaknya berfikir amat dalam namun tak seorang pun berani memberikan jawaban.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun 
tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka 
 tahu apa yang ingin mereka sampaikan.”

Sang guru masih melanjutkan, “Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata² mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantumu.”

thanks kak jie. Suka dgn cerita ni...

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Lelaki Suka Porno

Ni aku nak tanya ni..


Apa perasaan korang kalau adik lelaki korang, abang korang, kekasih korang, tunang korang, suami korang, ayah korang, datuk korang, anak korang, pakcik korang, dan semua lelaki yang korang sayangi suka sangat tengok porno? Tak kisahlah dorang tengok kat majalah ke, handphone ke, DVD ke, internet ke,  atau kat mana-mana sahajala...kan sekrg ni byk sangat akses sehingga sekali klik aje bersusun dan bersambung-sambung paparan lucah tersebut.


Sebagai adik pompuan, kakak, ibu, makcik, nenek, tunang, isteri... korang suka ke, menggalakkan, ketawa dan sama-sama buat tengok atau berasa sedih, tertekan dan hiba?


Sebab bagi aku yang jahil ni tengok gambar porno, HARAM hukumnya. Tak taulah kot2 ada fatwa baru kata HARUS pulak!


 surah al-Nur yang bermaksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Melihat pompuan yang membuka aurat pun dah berdosa, inikan pula....


Kenapa di haramkan??...so aku adalah buat research jugakkan...benda yang diharamkan pastilah ada kesan yang sangat besar dalam perkembangan sahsiah masyarakat dan agama.


i) Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol, curang dan berzina.

2) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

3) Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


4) Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. 

Jadi, sebagai lelaki lak, adakah perkara yang berkaitan porno ini normal atau paranormal tak normal bagi anda dan kenapa?...(sila bagitau), serius, aku memang nak tahu!!


Monday, February 22, 2010

Jangan Sampai Muflis


Peringatan untuk aku jugak. Takut-takut benda ni terjadi kepada kita. Kalau dah diisytiharkan muflis teruk beb. Macam-macam urusan tak boleh buat. Semua harta hatta buku bank pun kena beku. Kalau nak buka buku bank baru hanya untuk tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Tak boleh pegi luar negara. Tak boleh buat loan dan macam-macam lagi kesukaran menanti kita.

Bagaimana kita dikenakan tindakan muflis?
Apabila anda gagal menyelesaikan hutang berjumlah RM30,000.00 ke atas.

Kenapa aku tetiba citer pasal muflis ni? Aku kena muflis ke?

Takder, sebenarnya kalau sesiapa pernah baca entri aku tentang impian nak hantar parents aku pegi umrah dia tahu lah serba sedikit. Kalau ikutkan perancangan insyaallah 28 Mac ni berangkatlah mereka ke tanah suci. Masa aku mula-mula bagitahu hasrat aku nak hantar mereka pergi umrah, mata mereka bersinar-sinar dan sangat bercahaya. Abah tak putus-putus ucapkan terima kasih. Lepas tu bila bayaran deposit dibuat melalui online, resit dihantar ke rumah mak. Masa aku balik kampung, mak tunjukkan resit dan abah lagi teruja. Siap dia ambil resit tu daripada mak dan dia simpan dalam laci dia yang siap berkunci. Memang dalam laci tu segala dokuman abah simpan kemas. Orang lain tak pernah bukak.

Lepas tu dia cakap pasal pergi kursus umrahla, pasal ihramlah. Aku cakap kain ihram tak payah abah nak susah-susah. Ali punya ada 2 pasang yang belum pakai sebab masa Ali nak pergi haji dulu tu, banyak orang bagi sumbangan ihram. Wah! lagilah dia suka. Lepas tu dia ngan mak cerita itu ini lah pasal mekah dan madinah masa dorang pergi haji. Bas nyer la, kaabahnya, masjidilharam..hotelnya la...dan macam-macam lagi. Ali pun sama bercerita bagaimana keadaan Mekah dan Madinah sekarang ni. Memang bercahaya-cahaya muka dan wajah mereka ketika itu. Memang abah dah ternampak-nampak lambaian kaabah.

So lepas tu aku pun bawaklah mak ngan abah pergi imigresen untuk buat pasport antarabangsa. Mak lepas, tapi malang bagi abah. Sistem bagitahu abah telah diisytiharkan muflis! Merah padam muka abah semasa pegawai imigresen bagitahu. Lemah langkah abah semasa keluar...

Aku tanya abah tahu tak pasal muflis ni. Dia kata tahu. Pernah dpt surat bagitahu pasal muflis tahun 2007. Tapi lepas tu tak pernah dapat apa-apa surat lagi. Dia kata muflis sebab menjamin kawannya membeli lori. Lepas tu puas trace kawan dia tu tapi tak dapat. Abah tak tahu rupa-rupanya kalau muflis tak boleh pergi buat umrah. Ya, abah mungkin tahu apa dia muflis, tapi tak tau apa dia implikasi muflis!

Sian abah. Dalam usia 68 tahun dan hanya bekerja kampung sahaja selama ni, tetiba diisytiharkan muflis. Tak pernah ada payslip, tak pernah makan gaji. Aku pelik mcmana orang yang takder penyata gaji boleh diterima jadi penjamin. Nasib baik abah simpan duit bawah bantal :D, dan nasib baik tanah abah yang sekangkang kera tu dah ditukar kepada nama mak, kalau tak abis duit simpanan dan hartanya yang tak seberapa tu kena beku.

Kesian dan kecewa dengan keadaan abah, aku cuba usahakan jugak abah untuk pergi. Kata umrah agent tu cuba pergi Jabatan Insolvensi, buat rayuan agar abah boleh pergi umrah. Walaupun muflis, kalau ikutkan boleh pergi ke luar negara tetapi hanya sekali sahaja seumur hidup. So aku pergilah. Nasib baik kat Melaka ada cawangannya.

Lepas meneliti fail abah aku, pegawai kat situ cakap, abah aku kena datang jugak ke pejabat insolvensi untuk kemaskini data, lepas tu buat permohonan nak pergi umrah. Semasa hantar permohonan, abah kena bayar sekurang-kurangnya RM2000.00 sebagai bon dan ianya tidak dikembalikan. Itupun ada kemungkinan bon bertambah mengikut jumlah hutang setelah fail abah diteliti dan diperhalusi. Mungkin RM3000.00 dan mungkin jugak RM5,000.00. Abah juga kena cari penjamin untuk menjamin dia sebelum keluar negara. Penjamin abah pulak kena bayar RM1000.00. Tapi kalau balik, duit ni boleh dapat balik. Urusan selepas itu pulak, abah aku akan dikehendaki membayar setiap bulan sehingga hutang itu habis mengikut jumlah yang akan ditetapkan oleh pihak insolvensi. Minima RM50.00. Walaupun abah tak pinjam walau SATU SEN pun kat pihak bank.

Masa orang tu cakap, aku dah bergenang dah air mata. Aku dah terbayangkan hasrat dan keinginan abahku semakin samar-samar. Manalah aku nak cari duit lagi...Perbelanjaan untuk mak dgn abah pergi umrah ni aku simpan dan asingkan dari akaun aku. Aku tak belanjakan walaupun kengkadang belanja bulanan pun sangkut-sangkut. Memang hasrat aku kuat sangat nak hantar mereka tunaikan umrah dan melawat ke tanah suci mekah selepas mereka mula-mula menunaikan fardhu haji 28 tahun yang lalu. Yelah, semasa mereka masih hidup ni dan masih boleh berjalan aku rasa inilah masa yang terbaik. Bila dah cukup duit, masalah ni pulak timbul.

Abah akhirnya cakap kalau susah-susah macam ni tak payahlah abah pergi. Biar mak kau aje yang pergi. Nanti bulan-bulan abah kena bayar lagi RM50.00. Kalau ikut hutang tu, sampai abah mati pun tak boleh selesai. Takkanlah nak suruh anak-anak abah lak bayar. Lagipun bukannya abah yang pinjam. Jadi kalau abah pegi lepas tu kena bayar, baiklah abah tak payah pergi.

Suara abah kedengaran sayu dan sedih...kadang-kadang nampak dia menghela nafas yang dalam dan panjang. Nampak kekesalan abah, mungkin kesal dengan keputusan membantu kawan, akhirnya kesusahan yang abah dapat.

Friday, February 19, 2010

101 Tips Bagaimana Nak Dera Suami



domestic abuse cartoons, domestic abuse cartoon, domestic abuse picture, domestic abuse pictures, domestic abuse image, domestic abuse images, domestic abuse illustration, domestic abuse illustrations

Siapa nak tau cara nak dera suami? Sila angkat tangan!
Wah! ramai jugak ye nak tahu bagaimana nak dera suami...Isy tak baik tau, dosa dera suami..hehehe, tapi ni dera bukan sebarang dera, ni `taktik nakal' yang boleh digunakan oleh para isteri jika suaminya:

i) bermain game sepanjang hari tanpa memperdulikan anda
ii) asyik lupa hari jadi anda
iii) letakkan stokin berlambak di atas lantai ikut suka hati dia
iv) tak tolong anda melainkan apabila disuruh
v) tak tolong buat kerja rumah walaupun kerja melambak-lambak kat rumah
vi) Pergi melepak dengan kengkawan sampai tak hengat nak balik
vii) semakin hari perut semakin `memboyot' macam perempuan mengandung 9 bulan

antara `deraan' yang dicadangkan ialah :

i) suruh dia melakukan sesuatu kerja, dan anda menjanjikan upah sex padanya. Tapi, anda dengan sengaja memungkirinya
ii) Memakai pakaian dan seluar dalam yang sangat seksi dan menayang-nayang depan matanya dengan signal menggoda, tapi malam itu anda terus tidur sepanjang malam
iii) Sentiasa mengatakan badan anda dah gemuk sambil menayangkan body anda yang masih mengancam dan ramping dan mengatakan perut anda yang leper itu sebagai buncit untuk mengancam egonya yang buat-buat tak tahu sedangkan perut dah semakin memboroi.
iv) Mendaftarkan dia masuk kelas menari tanpa memberitahu
v) Masa dia terkocoh-kocoh nak pergi keje pagi-pagi tu cakap dengan wajah serius ' we need to talk' hanya semata-mata untuk membuatkan dia terfikir-fikir sepanjang hari apa yang anda nak beritahu dia tu.

Deraan ni banyak dan yang bestnya ia dibahagikan mengikut skala 1-5 (deraan ringan hingga ke tahap deraan maksima). Mengikut tahap kebolehan suami anda menanganinya. Di level 5 mungkin anda akan menghadapi masalah jika  tidak berhati-hati.

Ini antaranyalah. Kalau nak tahu banyak lagi, sila dapatkan buku `101 Ways to Torture Your Husband' karya penyampai radio New York, Maria Garsia - Kalb.

Kalau ikut review, buku ini lawak gila dan menghiburkan. Dalam 101 tips tu kita bolehlah pilih mana yang agak-agak sesuai untuk diaplikasikan kepada pasangan kita. Yang tak sesuai tu...jgn lah ikut. Kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. Tapi buku ini masih boleh dijadikan satu bacaan yang menghiburkan hari anda.

Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah beli buku ini...

101 Ways to Torture Your Husband by Maria Garcia-Kalb: Book Cover

Wednesday, February 17, 2010

Mercun, CNY dan Kebakaran

Hai semua, I'm back!!

Rindunya kat my blog ni and of course kat you all semua. Lama rasanya tak bersembangkan dan berdating di alam maya ni! Ni gara-gara cuti panjang Chinese New Year (CNY) la ni. Banyak betul aktiviti, balik kampung hadiri kenduri arwah kat kampung. Rupanya sejak kemalangan itu berlaku, Mak Ngah belum lagi berhenti buat kenduri dan bacaan tahlil setiap malam untuk keluarga dan orang-orang masjid. Sampai hari Jumaat ni katanya.

Lepas tu balik lak ke rumah mak mertua kat Jasin. Tengok Projek Gaharu yang kita orang uruskan bersama adik ipar. Projek Gaharu ni satu projek yang best sangat. Tapi...nantilah! Bila dah ready aku share kat sini nanti ok! Lepas tu kawan dari jauh pulak call nak tanya pasal bisnes Fadhilat Herbs. Lepas tanya serba sedikit kat sepupu aku, aku pass lah maklumat yang diperlukan tu.

Malam tadi baru balik ke rumah lebih kurang pukul 10.30 baru sampai. Penat lepas bersiap-siap tukar baju segala, terus keboom!! Zzzzz. So pagi-pagi lepas subuh tadi barulah terhegeh-hegeh nak gosok baju kerja Ali. Nasib baik gosok 4 helai aje. Pakaian untuk Rabu - Jumaat dan satu lagi spare kot-kot ada apa-apa hal. Maklumlah orang keje kat KL, bini kat Melaka. Hujung minggu baru balik. Kenalah bekalkan apa-apa yang patut!


So masa nak hantar Ali kat kereta tu, kitaorang terpandangkan lereng bukit berhampiran rumah kitaorang tu...la, terbakar rupanya. Bilalah kejadian tu berlaku. Nasib baik pagi ni hujan renyai-renyai, kurangla debu-debu hitam, kalau tak pasti penuh kat depan rumah kitaorang tu. Anak-anak pun hebohlah. Bising tanya itu ini, kenapa la, bila la...Manalah kitaorang nak tahu.







Nasib baik jiran sebelah rumah cerita, malam tadi dalam pukul 8.00 malam lereng bukit tu terbakar disebabkan mercun yang tak tau daripada mana puncanya. Dua buah kereta bomba dikejarkan untuk mengawal kebakaran tu dari terus merebak. Ambil masa jugak nak padamkan api yang marak tu. Rugi pulak rasanya takde malam tadi, kalau tak boleh jugak saksikan `kemeriahan' itu bersama penduduk taman yang lain.

Hurm...tula..akupun susahlah nak cakapkan.Kang cakap lebih-lebih tak pasal-pasal kontroversi lak. Tapi aku rasa semua dah tahu, dah rasa (kebahangannya),  dan maklum bahawa sekarang cuaca amatlah panasnya...dunia mengalami kepanasan global. Lagipun dah beberapa hari panas 'berdentum' kat Melaka ni Bila macam tu, rumput-rumput jadi kering, dahan kayu jadi garing dan pastinya dengan sedikit percikan api dah boleh mencetuskan kebakaran. Bahaya betul. Rasanya ni dah kali kedua berlaku dilereng yang sama di musim perayaan yang sama.

So peringatan jugak untuk semua, di musim-musim panas ni, jangan main mercun, elakkan pembakaran terbuka. Jangan bagi anak-anak main mancis/lighter. Soroklah kat mana-manapun janji dorang tak boleh ambil, jangan campak putung rokok sesuka hati. Kekadang bengang gak dengan perokok ni, lepas merokok selamba aje campak putung merata-rata, malah yang masih ada bara lagi. Cara ni juga boleh mencetuskan kebakaran yang boleh mengancam nyawa orang lain. Kalau tak hilang nyawa pun, kehilangan harta benda juga satu musibah yang amat berat. (teringat kejadian kebakaran rumah sendiri pada tahun 1989, Abis satu rumah hangus, takde apa yg dapat diselamatkan, lepas tu kami hidup susah dengan abah yg hanya bekerja kampung, mak tak bekerja nak membesarkan kami 8 beradik yang kesemuanya masih sekolah)

Saturday, February 13, 2010

Viagra Untuk Wanita. Ada sesapa nak?

Untuk Bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Jika anda berumur selain daripada itu 
sila tinggalkan laman ini.


Pernah dengar tak tentang viagra untuk wanita? Aku tak pernah dengar. Inilah kali pertama aku mengetahui rupa-rupanya viagra juga ada untuk kaum wanita.

Dikhabarkan viagra ini berfungsi untuk membangkitkan keghairahan wanita dan mempercepatkan orgasme bahkan lubrikasi (pelinciran) semakin baik dan sensasi semakin meningkat. Produk ini telah lama dikeluarkan di luar negara terutama di negara-negara barat dan nyata telah banyak membantu wanita-wanita yang mengalami masalah seksual dan juga wanita-wanita menapous. Ia dikatakan bertindak sama seperti viagra untuk lelaki iaitu melancarkan perjalanan darah ke alat kelamin lelaki dan pengaliran darah yang lancar ini juga rupanya faktor penting dalam membangkitkan keghairahan wanita.
CAPAILAH kenikmatan seksual bersama pasangan.
Masalah kemerosotan sensasi seksual ini bukan masalah kecil. Rupa-rupanya di alami 30%-40% wanita Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun.Walla! muda-muda pun ada masalah ni yek!Patutlah sekarang ni kita tengok jamu-jamu dan herba untuk hubungan intim lelaki dan wanita begitu galak dijual.Tang jamu-jamu dan herba-herba yang dijual nipun kita kena berhati-hati sebab takut ianya dijual secara haram tanpa mendapat pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Malaysia.Kang tak pasal-pasal nak sangat terangsang terus kejang. Ha! sapa nak jawab tuh!

Tapi, awas ya..baru-baru ini  dalam salah sebuah akhbar tempatan melaporkan viagra untuk lelaki telah diubahsuai oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan viagra wanita malah dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan. Bagaimanapun penjualan produk viagra wanita itu tumpas selepas pihak penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya merampas produk `panas' yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Bahan yang digunakan dalam ubat tersebut dikatakan amat merbahaya kepada individu yang mengidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolesterol yang tinggi. Ia boleh menjadikan tekanan darah menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam. Untuk keterangan lanjut sila baca di sini.

BUKTI...Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail menunjukkan laporan Jabatan Kimia.

Hurm, aku tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Takut timbul lak kontroversi lain lak. Tapi bagi aku kan, kalau lelaki tu tau bagaimana nak merangsang isterinya, tak payahlah nak amik ubat-ubat perangsang ni kan!

Thursday, February 11, 2010

Cerita Si Beruang Itu

Salam Semua. Semoga anda dirahmati Allah swt.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya dan keluarga. Walaupun hanya disampaikan melalui tulisan dan coretan..impaknya tetap dirasakan. Thanks you olls!! (skema lak rasanya ayat nih)

Saya tidak ingin menyambung citer sedih walaupun hati masih lagi walang. Gelak tawa riang anak-anak buah masih lagi terbayang-bayang dihadapan mata...Ya! hidup mesti diteruskan. Itu nasihat anda dan saya akur!

Jadi pada hari ini saya nak cerita pasal anak-anak beruang saya yang ada di kedai saya. Walaupun kedai saya ni masih baru, tapi tidak sangka sambutan yang anda berikan membuatkan saya teruja. Menjual soft toy bundle ni menjadi keutamaan saya sejak kebelakangan ini. Memula ingat nak buat online saje. Malas nak bawak ke sana ke sini, pegi ekspo bagai. Tapi bila sesekali test market pada hujung minggu pergi kat taman permainan di tepi tasik Ayer Keroh tak sangka lak ramai yang berminat. Jadi sempena cuti CNY ni kitaorang pun dah sewa tapak niaga, kongsi dengan adik ipar. Dia nak berniaga anak pokok gaharu. Insyaallah mulai  esok 11 Feb hingga hari ahad 14 Feb.


Tapi jual melalui online pun best gak. Baru-baru ini saya mendapat customer daripada kalangan orang yang fofular...wah! sapa tuh? Jeng!jeng!jeng!

Malam ni tido bolehla I pelok beruang nih...hahaha

Ha...inilah dia. Sure semua orang kenalkan dengan Suhaimi Sulaiman. Kebetulan dia datang Melaka hari Sabtu lepas (6 Februari 2010) so, boleh serahkan melalui tangan (by hand). Bestlah dia ni, sporting aje bila cakap nak amik gambar dan nak masukkan dalam blog...dia kata no hal. Ali yang serahkan kat dia...Tapi yang tak bestnya terlupa nak bergambar bersama dia...teruja punya pasal lah tu...hehehe!

Beruang yang dia pegang tu memang yang paling besar yang aku jual dan brand new lagi. Walaupun aku jual yang bundle punya, brand new pun ada gak. Tapi tak banyakla...Beruang macam ni TINGGAL SATU aje lagi. Sempena Valentine Day dan CNY yang akan datang ni cepat-cepatlah beli untuk orang tersayang...(ceh! sempat lagi pomot tuh!) Harga RM130 dan free postage lagi. Apalah nilai itu jika dibandingkan dengan kasih sayang anda pada seseorangkan...betul tak?

Jadi kepada sesiapa yang nak beli tu ...., pegilah kat blog aku yang lagi satu tu...isi form kat bawah tu...kat bahagian item..tulis BEAR YANG PALING BESAR!.so aku tahulah bear yang mana satu...tapi disebabkan ianya tinggal 1 UNIT sahaja, jadi sapa cepat dia dapatlah ye...

So kepada semua, selamat bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina...
bestnya CNY ni sebab dapat makan limau banyak2...lepas ni nak belilah satu kotak kat Jusco Ayer Keroh...emm...mesti best sama-sama sibuk dgn orang Cina yang nak beli tu kan...berebut2!! boleh gak sama-sama memeriahkan sambutan perayaan dorang...kita kan 1Malaysia!!

p/s : Jika balik kampung tu...SILA berhati-hati di Jalanraya...Ingatlah Orang Yang tersayang....

Wednesday, February 10, 2010

6 Sekeluarga yang Rentung itu Keluargaku...

Assalamualaikum buat semua...

Maaf sebab dah lama rasanya tak update blog. Bukan disengajakan tetapi aku dalam keadaan yang tidak tenteram dan masih diselubungi perasaan penuh kesedihan, terperanjat dan kadang-kadang bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dugaan Allah kali ini kurasakan terlalu berat, tetapi sebagai umat Islam aku percaya kedapa Qada' dan Qadar Allah! Aku rasa semua dah mengetahui tragedi 6 sekeluarga yang rentung itu...Ya!! mereka adalah ahli keluargaku.

Hari Isnin hari kejadian itu dalam pukul 11.30 pagi sedang aku berkira-kira untuk menyediakan juadah tengahari, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada adikku di kampung. Seperti biasa aku menyambutnya dengan senyuman bila melihat namanya terpapar di skrin handphone ku itu. Siti, adikku yang seorang ni rajin jugak telefon...ada hal ke, takde hal ke...kerap jugak dia telefon kakaknya ni. Bila aku angkat sahaja, dengan senyuman yang masih berbasi dibibirku, aku mengucapkan salam...
Dihujung sana...hanya perkataan `kak' sahaja yang keluar dari mulutnya kemudian diikuti dengan tangisan yang teresak-esak...Eh kenapa pulak ni...senyumanku terus mati disitu dan dalam kepala aku dah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan, apa pulak yang berlaku kepada keluargaku kali ini....

"Ti, kenapa ni....?"
Tak terjawab...hanya sendu sedan sahaja yang kedengaran
"Ti, pasal ni?" aku walaupun panik cuba mengawal situasi...
"Abang Mie, kak!"
"Abang Mie? kenapa?
"Abang Mie accident...meninggal!"
"Abg Mie accident? meninggal? Ya Allah!! bila?
"Pagi tadi..kak ila pun..."
Ya Allah, kak Ila pun? Ya Allah Ti....
Kak, anak-anak dia pun kak, semua sekali....semua dia bawak sekali kak...
sambung Siti dalam tangis yang semakin tidak terkawal!!

Ya Allah!! Ya Tuhan!!....Ya Rabbi!!...lututku mula longgar...aku cuba mencapai sofa disebelahku untuk duduk...tanganku menggeletar...benarkah apa yang kedengar ni?? Subhanallah!!

Aku kembali berdiri, pusing ke kanan, kemudian pusing ke kiri..serba tak kena, .tak tau nak buat macamana, rasa macam tak percaya...Ah mungkin Siti salah dengar tak? Takkanlah....Abang Mie dengan anak-anak dia sekali? Tak mungkinlah...!! Siti salah dengar ni...

Aku cuba telefon Noi sepupuku yang juga adik kepada Abang Mie.

" Assalamualaikum!
" Waalaikum Salam..jawab Fairul suami Noi.
"Fairul...Noi mana?
"Ada kak...tapi dia dah tak boleh cakap!"
"Fairol, betulke apa yang akak dengar ni!! abang Mie?
"Betul kak, accident kat lebuh raya senawang...semua dia bawak sekali...satu dia tak tinggal untuk kita kak!!..
" Ya Allah....Fairol....itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulutku sedangkan mataku berjujuran mengeluarkan air mata kesedihan yang amat sangat!
" Kitaorang nak pergi Hospital Seremban ni, nak buat pengecaman, lepas post mortem baru bawak balik kampung. Akak nak ikut tak?"
Aku dah tenggelam dalam tangisan yang tidak berpenghujung...hanya esakan dan tangisan yang mengiringi setiap butir penerangan Fairol tanpa dapat membalasnya.
"Kak?, akak nak ikut tak?
Aku cuba jugak mengeluarkan suara...hanya perkataan `tak" sahaja yang mampu kukeluarkan sebelum mematikan telefon.Aku tersedu-sedu seorang diri di rumah. Rasa macam nak terbang aje kat kampung dan berkongsi kesedihan ini dengan mak, dan mak saudaraku yang lain!!

Ya Allah...Abang Mie...kasihannya dia, kasihan Ila (isterinya), kasihannya anak-anak dia...

Kami sepupu yang rapat, tinggal sekampung, membesar bersama...belajar di sekolah rendah yang sama...apa sahaja permainan kampung ketika itu mesti ada dia. Seorang yang nakal dan kuat mengusik. Kalau kena marah dengan Pak Ngah (bapa dia) disebabkan kenakalannya, aku akan gelakkan dari jauh dan pastinya dia memandangku dengan muka tak puas hati...dan macam aku faham dia nak sampaikan mesej...jaga kau esok, kau tahulah nasib kau esok sebab gelakkan aku...
Tapi esok bila jumpa lagi...kita orang bermain macam biasa macam takde apa-apa yang berlaku semalam...

Memang macam tu lah dia sampai sekarang, seorang yang cepat marah dan cepat pula memaafkan.
Seorang yang pemurah...
Seorang yang bertanggungjawab....
Sangat komited dalam semua kerja yang dibuat...

Walaupun apabila masing-masing dah sekolah menengah, jarang jumpa, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke U di Kuala Lumpur...lagilah susah nak jumpa, tetapi sesekali dia ke Kuala Lumpur, pasti tak lupa nak singgah di UM dan belanja aku makan dan bawak aku bersiar-siar. Dia selalu cakap ila kau belajarlah bersungguh-sungguh...abang mie sok kalau susah-susah, boleh mintak tolong kau...dan aku seperti biasa cakap...ooo patutlah belanja makan hari ni...rupanya nak suruh kita tolong dia...!! Tak nak makanlah macam ni!! aku pura-pura merajuk dan menolak pinggan yang dah kosong...sambil sendawa...burp!!alhamdulillah! dia sengeh aje sambil tangan mesti nak mengetuk kepala aku..dan aku pasti mengelak dan cakap...tak dapat!! dengan mimik muka mengejek dan kemudian kami ketawa sama-sama. Lewat malam baru dia menghantar ku kembali ke UM dengan hati yang gembira. Sekurang-kurangnya hilang sikit stress belajar. Pernah sekali dia datang tapi aku tak ada, dia tetap meninggalkan aku sebungkus sate untuk santapan aku dan roomateku...

Tapi siapa sangka, walaupun aku ada ijazah, tapi dia lebih berjaya daripada aku malah menjadi seorang usahawan yang semakin terkenal. Aku tahu saat kejatuhannya sampai terpaksa menutup perniagaan dan berhutang keliling pinggang, tapi dia bangkit semula dan dia berjaya!!.Sekarang Fadhilat Herbs semakin berkembang seluruh Malaysia. Produk minuman kesihatan, berasaskan tumbuhan kemunting cina dan melada pahit ini semakin diminati rakyat Malaysia.

Siapa sangka juga, hayatnya tidak lama di muka bumi ini untuk berbakti kepada nusa, bangsa, agama dan negara. Dia selalu cakap, abang mie buat ni untuk kesenangan keluarga kita. Keluarga kita yang dirujuk itu adalah keluarga dia dan keluarga mak saudara dan pak saudara dia terutamanya yang tinggal berhampiran. Sebab itulah kebanyakan staff yang berkhidmat dengannya adalah adik beradik dan sepupu sepapatnya. Bila mendapat kritikan orang luar, dia cakap apa nak bising...nikan bisnes keluarga. Mestilah keluarga yang bekerja kat sini.


Kemalangan ngeri itu sungguh merentap hati kami sekeluarga. Hiba melihat keadaan jenazah yang rentung, terkenangkan Abang Mie dan isterinya Ila yang baik hati, pemurah, kuat tersenyum, peramah dan pandai memasak, terbayang gelagat dan keletah anak-anaknya yang comel dan aktif. Tasya, Daniel, Iman dan Adi...Mak Long akan selalu merindui kalian....Alfatihah untuk Allahyarham Suhaimi Ghazali, Nor Fadhilah Isnin dan anak-mereka....

Ya Allah...air mata berhentilah dari mengalir!

Friday, February 5, 2010

Tips For Newbie







Aku suka blogging dan aku masih newbie dalam dunia blog ni. Tapi aku suka pergi blog otai-otai dan belajar dengan diaorang serta ambil mana-mana tips yang dorang share untuk membantu memantapkan lagi blog aku ni...


So masa aku jalan-jalan blogwalking, so terjumpa tips for newbie ni kat blog melromeo. Dia ni best betul...sempoi...blog dia pun best..banyak gak tips yang aku dapat tapi hari ni melalui tips dia tu aku nak buat checklist kat blog aku. Ni kira basic aje...sesuailah utk newbie macam aku nih!! Tips ni khusus untuk memantapkan lagi blog anda dari segi layout dan user friendly...


So aku copy paste kat sini lah ye...Bolehkan Melz??


Pertamanya sila ikut Step sekiranya korang belum buat .

1. Buang Verification for Comments dengan menggunakan step ini -
Dashboard; Settings; Comments ; Show Word Verification Words ; No - DONE

2. Buat Comment form korang sebagai Pop-up dengan menggunakan step ini- 
Dashboard ; Settings; Comments ; Comment For Placement; Pop-up window - DONE

3. Sesetengah terlupa tentang ini Adult Content . Disablekan dengan step ini - 
Dashboard; Settings; Basic; Adult Content; No - DONE

4. Sesetengah newbie juga terlupa tentang ini . Comment Show or Hide ? 
Dashboard; Settings; Comments; Comments; Show - DONE

5. Ramai antara blogger lupa tentang ini Setting URL pada Widget Follower : 
Follow Blog Korang sendiri; Option; Site Settings; Add Links; URL blog - DONE

Pasal widget pulaks...melz cadangkan...

1. Jam ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada jam kan ? Perlu lagi ke nak taruk hihi : 
ila-ali : Sib baik aku tak pernah taruk!

2. Lagu ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada Music Folder kan ? perlu lagi ke nak taruk hihi
ila-ali : Ni pun  takde sebab tak suka kalau masuk blog yang ada lagu ni..rasa macam mengganggu je..Kalau yang ada tu terpaksalah mute kan dulu baru boleh concentrate nak baca...

3. Kalender ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada Kalender kan ? perlu lagi ke nak taruk hihi...  ila-ali : Pun takde....okey la tuh!

4. Widget Follower korang kalau boleh jangan gunakan tempat yang agak besar coz dari situ akan membuatkan blog korang lembab sebab setiap Icon itu mengandungi URL yang berbeza hehe so ada baik letakkannya dia SkyScrapper
 ila-ali : emmm....skyscrapper tu kat mana ek? Tempat yang aku bubuh tu ok ke? alamak.. taktaulah!! sesiapa tau boleh tulun!!

5. Jangan gunakan URL yang panjang Sebagai contoh
Akudahlatakhensem.blogspot.com;---elakkan
4kud4hl4t4kh3ns3m.blogspot.com;---elakkan
AkuHensem.blogspot.com;--- Gunakan :)
- ila-ali ni ok kot?

6. Background yang bergerak-gerak itu , Cursor yang bergerak-gerak , segala-gala benda yang bergerak . Serious elakkan coz Javascript tuh akan membuatkan blog korang sangat lambat kira makan source .
 ila-aliTapi benda tu cute kan!! hehehe...tak nak buat sebab nanti lambat loading

7. Kurangkan penggunaan Warna yang berbeza-beza dalam blog atau penulisan
kejab biru , kejab kuning , kejab merah , kejab oren . hehe dah macam pelangi . So tetapkan kaler dalam blog .
ila-ali : hehehe...org pompuan suka ni...aku ada buat tuh! nampak mcm ok laks...oppss ila, kata nak belajar...cuba jangan degil!!...ok..ok..

8. Letak lah gambar dalam setiap entry untuk membuatkan pembaca teruja untuk membaca . Harus diingatkan 'gambar' mempunyai 1001 maksud yang berbeza kalau kita olahkan . Am i Right ? hihi -
ila-ali : memang teruja tgk pelbagai gambar dlm setiap entry

Lastly Enjoy Blogging and Make ur blog simple . haha aku nie cakap je lebih kan ? tapi blog sendiri pun lembab. ye aku admit yang tuh tapi sekarang tengah nak repair untuk betulkan HTML yang aku pun tengah bengap nie haha. Last sekali , aku harap benda-benda nie dapat membantu korang . Aku seorang blogger biasa . (Ni kata-kata melz...)



Wah!! bestkan tips ni..banyak yang aku belajar. Betulkan blog dulu barulah concentrate on traffic...Betul jugak kata u melz...kalau banyak sangat widget entah apa-apa...lama nak tunggu orang akan klik pangkah dan pegi blog orang lain...makanya .....siapa yang rugi? kita dan blog kita jugak.....

So kredit to Melromeo...

Thursday, February 4, 2010

100 hari bersama anda...

Terima kasih kerana sepanjang 100 hari berblogging,

anda:

1) sering menemani di kala siang dan malam, malah pada waktu-waktu saya tidak dapat melelapkan mata di dinihari..
2) membaca tulisan saya yang kadang-kadang saya sendiri tak nak baca
3) menceriakan hidup saya dengan komen-komen di setiap entri menandakan ada bersama saya walau dimana anda berada
4) mengajar saya cara menulis blog dengan baik walaupun saya belum lagi berada pada tahap seperti anda
5) mempromosikan blog saya yang tak seberapa ni sehingga jumlah pembaca dan follower blog ini  meningkat dari sehari ke sehari.
6) memberi semangat kepada saya dengan melawat blog dan meninggalkan pesanan-pesanan walaupun saya dah lama tak update blog.
7) memperkenalkan saya kepada jejaktrend, yang baik hati memberikan widget `ila-ali bersama anda' sehingga saya tahu bahawa hari ni dah 100 hari rupanya. Jika tidak sampai bila-bila pun saya tak sedar tarikh dan masa ini...
8) meng `add' dan link blog saya di blog anda...
9) mengajar saya bagaimana nak `ping' dan `nang'.
10)  membuatkan saya rasa dekat dengan anda walaupun tidak pernah mendengar suara dan bertentangan mata
11)memberitahu saya tentang nuffnang, innit, buffered earning segala, walaupun bila saya tengok RM0.50 masih tak bergerak-gerak sejak saya letak sebulan yang lepas.

Terima kasih atas segalanya. Walaupun banyak lagi perkara-perkara tersirat yang tidak terucap, saya sangat bangga bersama anda walaupun cuma di alam maya...Love u all...muah!!

Wednesday, February 3, 2010

Go Grooming Girl!

(Perhatian: Entry ni mempunyai kepanjangan yang luar biasa...harap maklum)

Hari-hari yang dilalui sekarang merupakan episod yang sangat menggembirakan. Detik-detik ini memang dinantikan sejak sekian lama. Cukuplah 15 tahun aku berpenat lelah bekerja untuk orang lain, pergi-balik kerja, punch in, punch out, kena marah kena herdik, esok datang balik, jumpa balik orang yang marah dan herdik kita, nak cuti kena minta kebenaran, anak sakit kena tanya boss boleh cuti ke tidak, nak pegi melancong kena tengok keje banyak ke tidak, stress memanjang, hipokrit ramai dan bermacam-macam dugaan yang membuatkan aku apabila setiap pagi bangun tidur berdoa agar dapat berhenti kerja secepat mungkin.

Alhamdulillah, 30 Mei 2009 aku berjaya melepaskan diri aku daripada kerja 8-5. Kauorang taulah masa tulis surat tu dalam hati dok kata betulke keputusan yang aku buat ni, dan sebelah lagi kata... Ila, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Memang betul. Apabila surat dihantar kepada boss, rasanya itulah saat yang paling melegakan atau dalam lain perkataan menggembirakan sebab selepas itu bibir aku tidak putus menguntum senyuman...

Kenapa aku kata hari-hari yang menggembirakan?? yelah selain daripada banyak masa untuk keluarga, pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah, masa rakan-rakan lain bersesak-sesak nak pergi kerja...aku boleh pegi aerobik kat Bukit Serindit, ramai kat situ, pelbagai bangsa ada. Free lagi. Lepas tu gi mentedarah sarapan beberapa bungkus nasi lemak ke, roti canai ke..tapi biasanya aku makan bee hoon sup aje (nak cover la tu...)
Petang lepas hantar anak ke sekolah agama, aku relax2 kat secret recipe ke, coffee bean atau starbuck ataupun di kedai mamak subaidah sambil melayari internet..fuhh...heaven rasanya.

Emm...jadi mesti awak orang berkata-kata apa barang kaitannya berenti keje dengan grooming ni? Relaks! baca selanjutnya ok....

Yelah, lepas berhenti kerja ini aku dapat melakukan kerja-kerja yang aku minat untuk diri aku dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Aku bergerak sendiri dengan erti kata lain menjadi freelance. Aku jadi freelance trainer. Ada beberapa kursus yang aku buat seperti Protokol, Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Pengurusan Pejabat...tetapi aku lebih fokus kepada Profesional Grooming.

Apa yang profesional grooming ni ajar? emm..pastinya semua yang aku suka. Cara berpakaian. Kalau lebih detail dalam bab cara berpakaian ni ialah bagaimana pemilihan baju, materialnya, warna yang sesuai, make up ke pejabat, catwalk, sosial etiket dan table manner. Modul ni taklah rigid sangat, masih boleh diubah-ubah mengikut keperluan sesuatu organisasi/syarikat.
Mcm nilah cara catwalk yang betul!!

Aku perhatikan sekarang makin ramai lak yang berminat untuk menghantar staf dorang untuk pergi kursus ni. Kebanyakannya kakitangan yang sering berurusan dengan client, bahagian khidmat pelanggan, perhubungan awam, marketing, setiausaha, pembantu peribadi, agen insuran, multi level marketing (mlm). Ada gak yang hantar staf kerani dan pegawai datang dengan alasan mereka ni datang kerja pakai baju macam nak pergi rumah orang kahwin pun ada...lip...lap...lip...lap. Pergi rumah kematian pun ada...semua hitam, atas bawah depan belakang. Pakai sandle mcm nak pegi pasar malam pun ada...hehehe...macam-macam kan.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang ni. Kat sekolah dan universiti mana ajar cara berpakaian mengikut situasi. Masing-masing selama ni berpakaian mengikut apa yang ada dalam majalah, tengok kengkawan, tengok baju cantik maka oklah kalau pakai pegi opis. Tengok artis pakai blouse dan talipinggang besar, pakai lengan extended...semua tu sebenarnya tidak boleh pakai ke pejabat. Lagi satu ramai orang tak suka bersolek ke pejabat sedangkan ia satu keperluan, terutama yang sering berhadapan dengan pelanggan atau business network. Dahlah tak pakai make up, lipstik pun tak nak pakai...pucat lesi la muka macam orang sakit atau kematian suami...langsung tak matching dengan imej syarikat anda yang mempunyai misi dan visi tinggi melangit...

Make up tu bukanlah bermaksud anda kena make up tebal-tebal macam opera cina, tapi memadai menggunakan bedak kompak, blusher, lipstik, celak dan pembayang mata. Kalau dah biasa sekejap aje masa yang diambil. Tak sampai pun 10 minit. Aku yang anak ompek ni pun masih sempat menguruskan anak-anak ke sekolah, membuat sarapan setiap pagi dan bersolek untuk ke tempat kerja..(masa bekerja dulula..)

Mana muka modelnya ni..tak nampak lak

Kenapa grooming ni penting? Sapa tau angkat tangan...er..takpe lah biar aku jawabkan soalan itu. Sebab bila anda tahu macamana nak berpakaian yang sesuai mengikut masa, situasi dan majlis yang dihadiri, anda tidak akan rasa janggal, ia membantu meningkatkan keyakinan diri dan mengikut kajian, orang yang berkeyakinan tinggi ini mempunyai prestasi kerja yang memberangsangkan. Malah yang paling best...orang yang berpenampilan menarik ini lebih mudah untuk mendapat kenaikan pangkat!!

So mesti dah berdetik-detik dalam hati korangkan...macamana pula dengan ungkapan Don't Judge a Book By its Cover?? Haa...ungkapan ini jangan digunakan masa nak pergi interview tau atau masa first time nak jumpa bakal mak atau pak mertua...! Merana awak nanti.!

Tuesday, February 2, 2010

Di manakah Cinta??





Di manakah cinta??

Pernah mencari cinta? Ditinggalkan cinta? atau masih memburu cinta?

Pernah tak you all dengar bahawa `Cinta itu Makanan Jiwa? atau dengan kata lain 'Cinta Menghidupkan Jiwa!' ...memang betul dan saya sangat setuju!.

Saya juga bersetuju, jika:

Tanpa 'cinta' kita akan emosional

Tanpa `cinta' kita akan tertekan

Tanpa `cinta' kita akan mudah marah

Tanpa `cinta' kita terasa dikhianati

Tanpa `cinta' kita tidak bersemangat

Tanpa `cinta' kita akan kesunyian

Tanpa `cinta' kita mungkin menjadi berbeza

Tanpa `cinta' kita juga kehilangan jiwa....


Emm...apa ni..semua yang negatif-negatif aje...Kan banyak lagi yang positif walaupun hidup tanpa cinta??

Well, apapun dengan semua perasaan negatif yang dicipta di atas tadi....tanpa cinta semua orang rasa teruk - tidak bersemangat - tidak produktif - asyik nangis memanjang - tidur 48 jam (tu pun nasib baik tak tidur terus) dan segala-segalanya negatif akan berlaku jika perasaan tidak menentu.

Mana yang anda suka tengok? Muka ceria atau muka sedih?

Mestilah kita suka tengok muka ceria kan! Jadi mengapa tidak kita memberikan lebih cinta? Dunia memerlukan lebih CINTA daripada anda. Cinta bukan hanya kepada lelaki atau wanita semata-mata...dunia ini amat luas untuk dicintai...

Berilah dan kongsilah rasa cinta anda kepada dunia dan kebahagiaan menjadi milik anda sebagai balasannya,

Apakah persahabatan tanpa cinta?
Apakah maksud persahabatan/percintaan tanpa keprihatinan?
Apakah makna persahabatan/percintaan tanpa kejujuran?

Makanya, tiada alasan dalam bercinta! Jangan jadikan diri anda buta disebabkan cinta walaupun sering  diperkatakan Cinta itu Buta!

Kepada semua gadis diluar sana, jika anda sedang bercinta atau sedang ingin bercinta, ataupun hanya bersahabat baik, jika anda tidak mendapat 3 perkara yang saya sebut di atas tadi iaitu Cinta, Prihatin (care) dan Kejujuran..sedangkan anda telah memberinya....apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu bangun dan bangkit serta katakan kepada diri anda, "Aku lebih menyayangi diriku dan aku berhak untuk mendapat lebih daripada ini...Aku berhak mendapat yang terbaik!!"

Berikan kasih sayang anda kepada yang lebih memerlukan dan yang mampu memberikan anda 3 perkara itu...

Seseorang pernah memberitahu saya, ' Judge a man by his actions, not his words'. It's true ..talk is cheap.

So ladies, lets be strong and set our standards.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails