Followers

Saturday, January 30, 2010

Pencil Drawings - Alamak Apa tu?



Terperanjat tengok video ni..Ingatkan apa tadi! Tapi best! So nakal but creative!! Layannnn!!

Friday, January 29, 2010

Bila Perempuan Mengurat Lelaki

Baru-baru ni  ada kuar kat Berita Harian kan pasal Perigi Cari Timba di akhbar sisipan Ratu...sapa ingat lagi?ala....yang ada interview aku tu....(saje je nak kepoh!!...) kalau tak ingat sila klik kat sini. Bukan apa aku ada cakap kat situ, benda Perigi Cari Timba ni taklah pelik dan sepatutnya tidak boleh dipandang serong oleh masyarakat kita....kerana situasi ni dah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW. Betul tak??

Tup-tup hari ni (28/1/10) anak sulung (lelaki) yang baru masuk Tingkatan 1 balik dari sekolah menunjukkan nota kecil pemberian si gadis kat sekolah dia...Sebenarnya semalam dia ada citer ngan aku dia ada dapat 3 surat kecil daripada 3 orang gadis yang dia tak berapa kenal kat sekolah dia tu lah. Tapi dia dah mengtongsampahkan surat-surat tu...malas nak layan katanya...(pergh bangga juga aku...) bukan bangga sebab ramai nak berkenalan...tapi bangga sebab dia tak layan....then aku cakap...kenapa buang...nanti kalau dapat lagi tunjukkan kat mama...mama nak tengok...

So, kebetulannya hari ni dia dapat lagi nota kecil daripada salah seorang pompuan yg pernah bagi dia surat tu...simple aje budak tu tulis..Mir (merujuk kepada anak aku Mir Afiq Shahmie) nape x balas surat saya? awak balas la...please...saya cuma nak berkawan dengan awak...

Emmm.....apa respond you all kalau anak dapat surat macam ni...Aku? gelak-gelak aje...siap cakap hensem sangat ke anak mama ni sampai ramai nak berkenalan?? Dia sengeh aje. Tapi aku suruh dia buat tak layan aje...dan tanya dia..."Apa yang aweks tu pandang kat ami ni??" "ami ada usik diaorang ke??" dia geleng kepala...aku sengeh aje...dalam hati aku kata anak aku ni kecil lagi...mimpi basah pun belum lagi!!hahaha...kalau tengok dia ngan adik dia bermain...mengalahkan budak kecik...menjerit-jerit macam orang pompuan. Kalau malam-malam tu nak ambil barang ke, kain ke kat tingkat atas...mesti nak suruh adik dia temankan. Penakut yang amat!!Mcm tak caya dah ada orang minat.

Tapi herans gak tengok  budak-budak pompuan sekarang. Daring ke...berani ke...aku tak pasti la..Tapi aku dulu malu yang amat kalau nak bagi budak lelaki surat. Kalau minat tu diam-diam aje...paling-paling berani pun jeling dari jauh ...Ni kes dah masuk U ni...masa sekolah menengah dulu sekolah semua pompuan, takde lelaki...! tu yang jadi macam tu kot. Tapi..aku...kawan lelaki ramai. Cuma sampai bab suka kat dorang tetiba aje jadi macam tu.Agaknya sekarang dah lain situasinya ek. Budak pompuan berani, budak lelaki pulak yang pemalu. Apa dunia dah terbalik ke sekarang??

Wednesday, January 27, 2010

Aduka Taruna - Pengajaran di Sebalik Keterlanjuran

Aduka Taruna tetiba ajer glemer tak tentu pasal. Semua orang bercakap tentang dia ni. Kat kedai kopi, kat tempat keje, kat shopping kompleks, kat sekolah, kat U...Haghuk juga jadinya Malaysia buat seketika apabila beliau sewenang-wenangnya menghina  Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dengan penulisannya...(aku rasa kau orang dah bacakan...jadi tak payahlah aku tulis kat sini...)

Patutlah rakyat Malaysia melenting lebih-lebih lagi orang Johor. Raja diorang beb. Kita ni bukan orang Johor pun rasa tak patut dia tulis macam tu.

Kes Aduka Taruna (AT) ni buat aku termenung panjang. Yelah asyik kita nak kutuk-kutuk dia (walaupun aku rasa memang patutpun dia kena camtu berdasarkan bahasa dan cara penyampaian yg digunakan - sgt tak sesuai dengan nilai budaya kita lebih-lebih lagi dengan status sebagai seorang Muslim)  dan membaca semua posting yang dia dah buat tu...baiklah kita amik positive aspect daripada penahannya. Aku takmau sentuh ideologi politik dia...tu dia punya pasallah kan, peribadi dia...dia hensem ke tak (tgk mcm hensem gak dia ni hehehe)...tapi apa yang aku nak sentuh adalah dari segi etika berblogging.......


Aku rasa (pandangan peribadi) sebagai Blogger kita kena pastikan :

1) Apakah matlamat kita untuk blogging ni?
   Niatkan satu aje, jgn cetuskan kontroversi sepeti tagline Melodi Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi dan pelihara sensitiviti masyarakat Malaysia (jangan sentuh hal-hal perkauman, agama, raja).

2) Penggunaan Bahasa
Terpulang nak guna Bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke...terpulang kepada semua, tapi kalau kita menggunakan Bahasa Melayu, maknanya pembaca/pengikutnya ramai orang Melayu dan beragama Islam. Bukan isu bahasa aku nak sentuh sangat tapi macamana nak menggunakan bahasa tu dlm menyampaikan maklumat. Aku rasa tak perlulah kita gunakan perkataan memaki dan membodohkan orang...Baik ke kalau kita buat macam ni??? Lu pikirla sendiri bak kata Nabil Raja Lawak tu...Tak baik tau...kita ajar anak kita jangan cakap mencarut, jangan mengeji...tapi kita sendiri tunjuk tauladan yang tak elok...Apa cerita??

3) Jangan Mengelirukan Pembaca
Kalau orang bukak blog kita maknanya dia suka baca blog kita, dia sokong kita, nak dapat maklumat baru. Kengkadang apa yg kita tulis diaorang akan percaya (hebat tol penangan penulisan ni.) Jadi kita kenalah ada ILMU dan TANGGUNGJAWAB agar apa yang kita tulis TIDAK mengelirukan orang lain....terutama bab-bab agama. Tapi aku tengok kebanyakan orang yang pandai-pandai ni, lagi molek bahasanya, lagi cantik pekertinya, lagi tinggi penghormatan orang kepadanya...!

4) Jangan Ambil Remeh Kebebasan Bersuara
Negara kita mengamalkan kebebasan bersuara, tetapi ingat negara kita punya undang-undang. Tak salah kalau kita nak sampaikan pendapat kita, perjuangan kita, kebajikan...tapi perlulah berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Memanglah kita kata kalau ada peraturan maknanya tak bebasla...Oklah aku amik contoh berpakaian...kita bebas pakai apa sahaja fesyen yang kita suka (dlm konteks sosial) ranggi ke, rock ke, seksi ke atau pakaian muslim dan muslimah sejati. Tapi kalau kau berbogel tengah-tengah bandar dalam keadaan yang siuman...kau tetap akan kena tangkap dan kena denda... kenapa? sebab kau mengganggu ketenteraman orang lain, orang rasa tak selesa dengan cara kau tu...Orang nak tengok salah...tak tengok lak...rugi...hehehe...itulah maksud aku...kalau tak paham....kau tanyalah orang yang faham ek!!

5) Amal Makruf, Nahi Mungkar
Inilah salah satu peranan kita sebagai blogger. Yang mana buruk kita tegur, yang baik kita sampai-sampaikan. Masa memula aku nak start blogging ni...semua ni tak termasuk dalam fikiran aku. Aku hanya nak tulis tentang diri aku, family, movie yang aku tengok dan semua tentang aku, aku dan aku lagi...tapi bila kes AT ni...aku terpanggil lak nak tulis sesuatu yang mungkin memberi kebaikan kepada kita semua.


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, 
dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Al-Imran:110)


So, aku rasa ini serba sedikit pengajaran yang boleh kita ambil daripada isu penahanan AT. Mungkin korangpun ada pendapat memasingkan. Apa salah kita kongsi kat sini. Aku stop kat sini dulu...Jadi... renung-renungkan dan selamat beramal....!!




Tuesday, January 26, 2010

Dialog Sebelum dan Selepas Kahwin

Dialog sebelum kahwin...
  Lelaki      : Akhirnya aku sudah menunggu masa ini tiba sejak begitu lama
   Perempuan : Apakah abang rela kalau saya pergi? 


   Lelaki           : Oh tidakk!! 
   Perempuan : Adakah abang mencintai saya ? 
   Lelaki           : Tentulah... 
   Perempuan : Apakah abang pernah curang ?! 
   Lelaki           : Tidak!! Abang tak akan buat.. 
   Perempuan : Abang nak cium saya tak?? 
   Lelaki           : Ya.. 
   Perempuan : Sayangku... 


ingin tau dialog selepas beberapa tahun kahwin???. 
baca dari bawah ke atas..hehehe 

isy!isy! isy! tak patut kan!!!


Kredit to http://keningau.cjb.net http://kguforum.blogspot.com





6 Gro Nenek






Mengucap panjang baca Harian Metro Online sekejap tadi. Tajuk besar 6 Gro Nenek. Bukan setakat menjadi Pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di Petaling Jaya, tapi paling sadisnya mereka menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka disudut-sudut suram dalam pusat hiburan tersebut. Konon-konon orang tak nampaklah. Sekarang bilik-bilik tak main...kawasan terbuka lagi thrill!! Apabila pihak penguasa Jabatan Agama Islam membuat serbuan kat pusat hiburan tersebut, menjumpai banyak kondom-kondom terpakai yang masih basah  di kawasan ruang lepas pusat hiburan itu...Isy gila ke hape??

6 GRO Melayu ini berumur dalam lingkungan umur 50an dan masih lagi berpenampilan seksi dan  memakai pakaian yang menampakkan payu dara. Pelanggan mereka terdiri daripada lelaki muda dan berumur juga yang dikatakan bermasalah! bermasalah apa tak pulak dibagitau..Masalah batin kot!! tu yang test ngan orang tua tu...Berita lanjut kauorang layanlah HMetro ni.. Aku tak kuasa nak tulis lagi...nak meloya pun ada gak!!

Persoalan yang memeningkan kepala aku kan...!
1) Kenapa nenek ni jadi macam ni?
2) Diaorang tu tak menapous lagi ke? Kuat seks??
3) Ada pulak lelaki yang suka dengan nenek tua...
4) Keluarga tak tahu ke? Menurut laporan antara mereka ada yang dah bercucu!
5) Adakah kesempitan hidup sampai tak terfikir kerja lain yg halal?? atau mencari keje yg mudah tapi lumayan!!

Aku berdoa semoga tidak ada ahli keluarga dan keturunanku berfikir secara singkat sampai terjebak dalam kancah tidak bermoral seperti ini.
Dan berdoa untuk nenek-nenek ini semoga kembali ke pangkal jalan dengan Taubat Nasuha. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...Insyaallah!

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Monday, January 25, 2010

Umbut Kelapa Penuh Nostalgia


Semasa cuti sekolah hujung tahun yang lepas, tiba-tiba teringin nak makan umbut kelapa. Dah lama rasanya tak menikmati umbut kelapa mentah-mentah...sungguh enak diratah begitu sahaja.
Ada orang kata sedap dibuat masak lemak kuning, tapi kitaorang tak pernah lak cuba.
Suka makan mentah-mentah...lagi best rasanya!!
Kebetulan adik beradik semua balik kampung, jadi abah pun menebang pokok kelapa yang kebetulan
dah condong menghala ke bilik air rumah. Nasib baik ramai ada kat rumah. Kalau tak jenuh abah nak buat sorang-sorang.

Proses nak mendapatkan umbut memang leceh sikit. Dia ada kat dalam batang
pokok kelapa tu. Nak mengeluarkannya terpaksa mengopek kulit batang kelapa yang paling hujung
satu persatu.Teringat masa kecik-kecil dulu, pantang ada yang menebang pokok kelapa, kiraorang
mesti pegi punya dan  berebut-rebut dengan kawan-kawan sekampung yang lain. Tu yang seronok nyer...lepas tu sambung main lagi. Main polis sentri la...main godam la...konda-kondi....ayam dengan musang, rumah terbakar panggil bomba la dan banyak lagi permainan kampung yang budak-budak sekarang kalau kita cerita, berkerut dahi diaorang sebab tak faham...

Time kita takde tu barulah orang tua-tua datang nak ambil daun kelapa atau pucuk daun kelapa.
Daun kelapa nak dibuat penyapu dan pucuk kelapa enak dibuat ketupat.



Sekarang mana ada lagi pemandangan seperti ini. Balik kampung pun jarang dah orang potong
pokok kelapa untuk mengambil umbut dan daun kelapa. Anak-anak dan anak sedara pun itulah first time diorang tengok umbut dan cara nak ambil umbut. Jakun gak diaorang. Tanya itu ini..nak makan pun takut-takut. Tapi bila tengok acu dan mak lang dia (seperti gambar di bawah) melantak baik punya...barulah nak try. At last  mereka suka dengan umbut. Paling diaorang teruja dapat tengok dalam batang pokok kelapa ada benda yang boleh dimakan. Bagusla macam tu....At least cuti sekolah tahun ni diorang dapat `something'. Back to Nature!!


Umbut ni rasanya macam makan KFC jugak...kalau tak caya cuba tny anak kecil saya ni....

(Aksi Ali yang beria-ia nak makan isi kelapa)

Lepas penat ambil umbut, apa lagi minum air kelapa la pulaks...ini acara yang dinanti-nanti.
Adik lelaki ditugaskan memanjat pokok dan memetik buah kelapa, ada orang tukang mengopek buah kelapa dan ada orang tukang menghabiskan air kelapa dan isi kelapa...fuhh..bestnya...




Friday, January 22, 2010

Ujibakat AF8 Esok



Perhatian kepada semua peminat-peminat Akademik Fantasia (AF) yang tinggal di Sabah dan Sarawak, jangan lupa esok dan lusa(23 & 24 Jan 2010) satu ujibakat pencarian bakat-bakat baru AF8 akan diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu dan Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan.


So, sesiapa yang perasan berbakat besar (syy..tapi selalunya orang Sabah dan Sarawak ni ramai yang berbakat)  jangan lupa temujanji anda esok dan lusa.
 
Haa..jangan pakai pergi aje...cekidaud (bak kata Haniz Zalikha) syarat-syaratnya:

1) mestilah warganegara Malaysia atau Singapore dan bukan artis yang menaung dibawah mana-mana syarikat rakaman.

2) berumur di antara 18 - 45 tahun

3) salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang) dan;

4) boleh menyanyi secara 'acapella'



Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.Kalau tak nak berasak-asak mengisi borang permohonan anda boleh download aje kat website rasmi AF iaitu http://www.astro.com.my/akademifantasia

Dengar citer dah setakat Sabtu Ahad pertama (9 & 10 Jan) hampir 2000 orang  dah diujibakat...dasat tu...

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:


1) Gagap - Stacy

2) Jika Kau Ubah Fikiran- Mila

3) Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

4) Dan Sebenarnya - Yuna

5) Di Taman Teman -Siti Nurhaliza

6) When You’re Gone - Avril Lavigne


lagu-lagu pilihan peserta lelaki:

1) Situasi -Bunkface

2) Hujan -Sudirman

3) Ada Untukmu -Nubhan

4) Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah

5) Fikirlah -Aizat

6) I’m Yours -Jason Mraz

So, macamana? best-best tu lagu-lagu pilihan...Pilih lagu yang terbaik dan sesuai dengan suara anda tau...kalau tak,  baru U nak nyanyi juri dah bagi kad merah...penat aje datang jauh-jauh!. Juri-jurinya dengar kata sangat cerewet dan pemilihan kali ini lebih ketat berbanding AF sebelum ni...
 
Juri AF8 ialah Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussain dan guru vokal Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi) dan dua orang juri lagi untuk mengenalpasti perwatakan ialah Dr Fazley Yaakob dan Dr Azahari Othman..


 Sebelum ni dengar kata ramai betul peminat-peminat AF yang datang ujibakat. Lokasi ujibakat yang dah selesai ialah: 
 
  1) Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 jan

2) The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 Jan

3) Redbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 Jan

Akan datang
4) Hotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 Jan

5) Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan

6) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan

So, bagi sesiapa yang nak pergi tu saya ucapkan Good Luck. Semoga anda berjaya!!

Tips pada yang pakai contact lens...




Siapa yang pakai contact lens atau kanta lekap kat sini...Sila angkat tangan...! wah ramai gak tuh..Korang pakai contact lens (CL) sebab apa? Sebab nak cantik ke...sebab rabun...ikut trendke...

Aku personally memang pakai CL ni...lama gak la..dah...jap aku kira....emmm...dah 16 tahun gak aku pakai CL ni...fuhh lama giler...aku pun tak sangka. Aku pakai spek sejak form 1 lagi. Aku memang tak suka pakai spek ni...rimas...lepas tu aku lak jenis lasak. Kalau tido memang jarangla nak bukak spek. Takut kang mimpi blur aje... Lagi satu belakang cuping telinga aku selalu luka gara-gara bingkai spek yang letak kat telinga tu...Tu tak termasuk sekali kat batang hidung aku yang tak berapa nak ada batangnya tu selalu luka sebb pelapik / penahan spek kat hidung tu selalu aje tertanggal atau hilang....Paling sadis kalau kuar dari kete yang ada aircond, berkabus cermin mata tu sampai tak nampak apa-apa...kelam-kabut lak tanggalkan dan lap dulu baru boleh jalan...adusss...rimasnye....lagi satu kalau aku pakai spek orang suka nak panggil aku Cikgu Bedah mcm citer adik Manja tu...tak suka tau!!

Masa tu aku selalu fikir takde ke cara lain selain dari kena pakai spek bagi orang yang rabun macam aku ni...dahlah aku ni aktif, main netball susah...nak lumba lari susah, kalau tengok citer hindustan kang dah nangis-nangis...kena bukak balik spek sebab berwap jugak...tensi!tensi!

Bila aku masuk U, barulah aku tahu ada CL ni. Kawan aku pakai, masa tu baru ada hard lens..aku tgk ok aje dia pakai..hati aku melonjak-lonjak nak beli...tapi...masa tu mana cukup duit..harga dia masa tu dalam RM300-RM400 kalau aku tak silap...studentkan masa tu...mahal betul aku rasa...tapi aku pendamkan aje...Bila dah tahun 2 baru aku berani cari keje masa cuti penggal (masa tu hanya UM aje yg buat sistem penggal- cuti 3 bulan lamanya) Cukup 3 bulan aku berjaya membeli CL dan paling best masa tu soft lens baru kuar...harganya RM500++. Mahal tul kan masa tu tapi lagi satu sebab mahal mata aku ada masalah silau jadi memang lebih mahal dari yang biasa.Tapi aku sambar gak...idaman aku tu...masa tu aku rasa bestnya dapat beli CL. Dulu takde jenis pakai buang...dia panggil permanent soft lens...selagi tak rosak dan power tak tambah selagi tulah boleh pakai...Tapi still kena bukak tiap-tiap hari masa nak tido la...Aku rasa aku pakai yang pertama aku beli ni sampai 4 tahun jugaklah...berbaloi-baloi...

Jadi disebabkan aku ni kira otailah dalam pemakaian CL ni...(sekrg aku guna pakai buang yang sebulan sekali tu- paling baik yg tukar tiap-tiap hari) aku perturunkanla sikit tips-tips agar kita dapat membantu sapa-sapa yang nak pakai CL atau yang baru pakai CL......

Penjagaan CL

i)    Cuci tiap-tiap hari guna solution khusus utk CL
ii)   Simpan bekas penyimpanan (storage) CL ditempat yg kering dan seelok-eloknya ganti storage tu bila habis satu botol solution sebab nak elakkan infection.
iii)  Basuh tangan dahulu dengan sabun sebelum buka atau pakai CL
iv)  Cuci dengan menggunakan jari kelingking sebab jari ni bila kita tekan CL dia tak kuat sangat...kena hati-hati sebab mudah koyak. Kalau guna jari telunjuk takut terlalu kasar dan akan tekan kuat.
v) ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
vi)Elakkan dari tempat berabuk
vii) Kalau mata merah, jgn pakai CL. Rehatkan dulu mata. Kalau pakai balik still merah...tu dah kena tukar CL. Mungkin dah expired atau dah kena infection. Kalau merah jugak...tu kena jumpa doktor mata, Mata anda mungkin dah terkena jangkitan.
viii) Kalau nak pakai spek selepas pakai CL, pastikan mata anda direhatkan dahulu di antara 10-15 min sebelum pakai spek. Begitu jugak sebaliknya...Kalau tak nanti akan terasa macam pening-pening lalat...


Pastikan kanta lekap anda:


- bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.

- tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.

- selesa ketika memakainya.


Sekiranya memakai alat solek:

 - gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.

- pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik.Kalau yg serbuk tu takut masuk dlm mata...tapi klu dah expert..no prob.

- Compact powder lagi selamat daripada loose powder

- basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

Mencuci dan menyimpan kanta lekap:

Ada orang bila dah bukak CL terus masukkan dlm storage dia dan letakkan solution and done. Untuk menjamin kebersihannya kena cuci dulu baru simpan. Lecehla sikit terutama bila dah mengantuk sangat...tapi..kena buat jugak..Sayangilah mata anda! Step-step dia memula:


- basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.

- then, keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.

- titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.

- bilas kanta tersebut dengan larutan salina.

- tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.

- keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.

- rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta. Tapi klu yg dah guna CL pakai buang tak buatpun tak payah...dulu masa aku pakai yg permenant tu memang ada benda alah ni...!

- patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.


Berjumpalah doktor atau pakar mata dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti sakit di dalam mata, penglihatan kabur, air mata keluar berlebihan, gatal-gatal dalam mata, dan terasa sakit di dalam mata secara tiba-tiba.

Kalau pakai kanta yang berwarna-warni penjagaannya juga sama seperti di atas ya!


Biru Mata Hitamku...

Wednesday, January 20, 2010

Ebook Celik Wang Percuma

Wah! ni sudah bagus. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengeluarkan ebook berkaitan dengan Celik Wang dan paling best diberikan secara PERCUMA...diulang sekali lagi...PERCUMA ataupun free kata orang kampung aku..



Celik Wang diterjemahkan daripada buku Money Sense juga terbitan AKPK di atas permintaan ramai. Money Sense telah diterbitkan pada 2008 dan terjual sebanyak 1,000,000 unit. Fuyoo...sangat mendapat sambutan lebih-lebih lagi masa tu keadaan negara dalam keadaan gawat...biasalah manusia ni kan dah gawat baru nak belajar tentang pengurusan kewangan..masa tu Money Sense dijual dalam harga yang sangat murah...hanya RM5 seunit. Sekarang laaagila murah...sebab tak payah bayar.

Siapa yang perlu buku ini.

i.   Student IPT
ii.  Student yang bakal memasuki alam pekerjaan.
     Untungla you all..masa aku dulu mana ada buku-buku pengurusan kewangan macam ni...pandai-pandai sendiri la...tu yg dah keje lama saving ciput aje
iii. Orang yang banyak hutang
iv. Orang yang suka shopping (aku kah itu....)
v)  Orang yang pakai kad kredit
vi) Orang bujang
vi) Orang yang nak kahwin
vii) Yang dah berkahwin dan mempunyai anak
viii) Yang plan nak beli aset seperti rumah/kereta/tanah dsbnya
ix)   Merancang persaraan


x) Suka tentang pelaburan
x) Yang nak menambah isteri harta




Pendek kata, buku ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada anda ada masalah kewangan ataupun tidak..

Jadi apa lagi silalah download kat CELIK WANG dan pastikan anda mempunyai perisian pdf ye!

Kalau nak tahu kedudukan kewangan anda sihat atau tidak sila buat test kat SELF TEST ni...

ok, good luck to all

Monday, January 18, 2010

Ila-Ali akhirnya saudagar Soft Toy Bundle


Alhamdulillah, akhirnya sampai gak hajat Ali nak jual soft toy bundle ni...Almaklumlah dia peminat baju-baju bundle. Satu hari aku cakap macam berminat nak jual soft toy bundle kat internet. Lagipun walaupun kebanyakkannya barangan terpakai, conditionnya masih elok dan cantik-cantik. Tak sangka Ali suka dan dia terlebih excited...Katanya ujung-ujung minggu boleh jual secara Car Boot Sale kat mana-mana yg ramai orang...Sib baik kat Melaka ni byk aktiviti ujung minggu anjuran Kerajaan Negeri.





Kitaorang amik bundle gred A dan yang dah siap cuci punya. Tu yg banyak elok-elok lagi tu

Bila bukak...mak oiii...banyaknya toy...kitaorang anak beranak yang teruja...cantik-cantik, gebu-gebu dan memasing dah cop masing-masing punya toy..Baby Fasya nak Bunny, Ariff dgn snake hijaunya..si kecik..masih konpius..nak yg itu ke atau nak yg ini...sib baik si abang dah tak heran dah...dah sekolah menengah katakan...

Betulke aku nak jual ni...
Soft toy ni mostly dari luar negara seperti US, Australia, Japan dan ada juga yg local tapi sedikit aje. Paling bestnya anda boleh dapat branded item dgn harga yang sangat murah.Kami menjual ni pun sedikit sebanyak dapat support recycle campaign untuk alam sekitar.

Baru nak cuba-cuba dlm bisnes ni..korang doakan kitaorang berjaya ye...Kalau nak beli atau nak bagi hadiah kepada yg istimewa, sahabat baik, anak buah/mak we/pak we/ tunang/  atau sesapa saje yg punya birthday ke yg dok area Melaka kitaorg boleh sediakan service penghantaran door to door. Atau beli nak poskan kat tempat lain pun boleh...kot nak bagi suprise kat sapa-sapa ke....Insyaallah, takde masalah..

Bolehlah tengok-tengok soft toy yang cute-cute kat KEDAI SOFT TOY ILA-ALI


Friday, January 15, 2010

Aku masuk suratkhabar

Agak-agak kalau masuk suratkhabar org tu glamer tak? hehehe....saja tanya...sebb hari Sabtu yang lepas 9 Januari 2010, wajah aku kuar di suratkhabar Berita Harian bahagian sisipan Ratu. Sorilah berita ni sedikit basi sebb tak sempat nak update blog pada hari yg sama.Sebabnya? Bila hati tak keruan, semua benda gembira pun tak teruja...(kalau nak tau...sila tgk entry sebelum ni). Sekrg bila dah ok...baru nak belek-belek dan baca keseluruhan cerita.(hari tu aku baca komen aku aje...:)

Korang baca tak suratkhabar sisipan tu bertajuk Perigi Cari Timba. Wartawannya adalah my best friend masa kat U dulu...so nilah masanya nak glemerkan kengkawan pun...thanks to Shaidah Shafie.Walaupun sedikit aje aku bagi komen tapi ramai gak kengkawan yg perasan wajah aku kuar hari tu dan biasalah ada yg cakap tahniah, ada yg kutuk (kutuk-kutuk manja...) dan ramai tanya itu dan ini. Emm...tak taulah kalau suatu hari nanti aku kuar TV...mcmana lak reaksi korang ek!

Tapi kepada yang tak sempat baca hari paper Sabtu ari tu...aku upload skit gambarla...terutamanya kat bahagian aku punya komen tu...jgn marah ya!







Monday, January 11, 2010

Apabila dia menderita...

Hari ni dah 3 hari dia macam ni...bila makan aje muntah, be**k  cair, badan lembik aje...mukanya tak seceria selalu. Bagi makanan pun dia tolak tepi, air vitagen kegemarannya pun tidak dicuit....Kalau tak dialah penghibur, penyeri, pembuat sepah, mengacau semua orang...tapi 3 hari ni rumah sepi aje...Yang ada cuba suara rengekan....Kenapalah engkau wahai anakku, Mir Aqiel Azhad?


Hari Jumaat lepas, bawa dia ke klinik pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka  selepas dia asyik muntah dan be**k cair banyak kali dalam sehari sebb risau takut keadaan menjadi semakin buruk. Dr bagi satu suntikan dipunggung...menjerit sampai aku rasa bergegar satu klinik...menangis sampai teresak-esak. Aku peluk erat, pujuk dia supaya dia tahu aku ada dan dia tak perlu risau lagi...Sian dia..dengan mata yang bergenangan, dia memandangku seperti memohon simpati...Aku peluk lagi dan kuusap-usap belakangnya. Tangisan dan sedunya makin perlahan. Lama-lama semakin menghilang. Hanya bekas suntikan dipeha yang ditunjuk-tunjuk tanda sakit...

Dr kata Aqiel kena rotavirus, virus ni bahaya untuk budak bawah 2 tahun. Boleh mengalami kekeringan badan kalau muntah dan b*rak berterusan. Aqiel dah nak masuk 3 tahun bulan 4 ni, jadi dr tak tahan wad melainkan keadaannya semakin teruk seperti muntah menjadi hijau, mata cengkung ke dalam dan be**k cair lebih 10 kali sehari diikuti dengan demam yang tinggi.Aku risau jugak kalau dia ditahan wad, macamana anakku yg lagi 3org tu..dahlah Ali keje kat KL, malam ni baru balik. Tapi dr kata kalau malam ni keadaan dia makin teruk nak tak nak mesti kena bawa masuk wad jugak..


Banyak jugak ubat yang doktor bagi..ubat tahan muntah, ubat cirit birit 2 jenis, ubat punggung dan prebiotik. Semasa kat klinik tu 2 kali juga aqiel membuang...sian dia..punggungnya melecet sampai nak sentuh pun dia tak bagi. Sebb tadi dah kena inject...so tunggu 6 jam lagi baru makan ubat yg dr bagi...Bawa balik umah, aqiel masih berak-berak dan muntah-muntah!Badannya semakin lembik dan pandangan matanya sayu aje, tak boleh berjauhan dgn aku..Klu aku bangun sekejap pun dia nangis...Hatiku...tak tau nak diterjemahkan macamana...dengan risaunya, dengan rasa kasihannya, berdebar-debar dan kegusaran...hanya Allah aje yang tahu! Kejap-kejap mengadu...mama...sakit perut...sambil menekan-nekan perutnya. Aku pun mengambil ubat angin dan menyapu ke perutnya yang lembik dan sedikit tenggelam gara-gara muntah dan cirit - birit. Semua makanan dan minuman yang ku bagi disambut dengan gelengan. Tapi alhamdulillah malam tidurnya tidak terganggu. Nyenyak sunggu dia tidur malam tadi. Aku yang tak nyenyak...asyik tersentak-sentak aje, terbangun bila teringatkan dia...

Hari Sabtu keadaannya nampak semakin baik. Cuma masa bangun tido dan selepas bagi susu yg telah dikurangkan sukatannya dan dicampurkan ubat cirit-birit, aqiel muntah lagi...habis susu keluar semua. Tapi cirit-birit dah berkurangan. Petang bagi susu campur ngan prebiotik, dia kena balik cirit-birit...abis seluar, baju semua kena. Lepas tu dia kembali lembik....macamana ni! Tanya Ali dia pun tak tau nak buat macamana...yang aku pasti kalau masuk hospital sure Aqiel kena cucuk jarum kat tangan untuk masukkan air dalam badan...Da lah anakku sorang ni kurus kering...tak sampai hatiku nak tgk tangannya kena cucuk...
Aku cuba bagi air masak sikit-sikit...klu bagi banyak sekali gus takut dia muntah kembali...nasib baik dia pun nak minum air suam, aku bagi 100 plus sebb dia taknak minum ubat garam yg doktor bagi, abis muntah balik...100plus ni dia minum ok la pulak..tu pun bagi sikit2.

Aqiel dan abangnya sebelum kena Rotavirus

Alhamdulillah selepas 3 hari Aqiel menunjukkan perkembangan yg memberangsangkan. Air pun dia dah banyak minum, dah nak makan roti coklat twiggies kegemarannya, babahnya masak spagheti pun nak jugak makan...dalam hatiku berkata Alhamdulillah! Moga-moga Aqiel cepat sembuh dan boleh kembali bermain dengan kakak dan abang-abangnya.

Hati mama pun semakin lega sedikit bila tgk perkembangan yang memberangsangkan tu...setakat hari ni baru 1 kali muntah dan 1 kali buang air besar.

Penangan Rotavirus ni boleh tahan jugak...
Nak tau apa dia Rotavirus? ni masa sy tgh cari-cari maklumt tntg Rotavirus terjumpa artikel ni. Baca! Sgt penting utk pengetahuan ibubapa..

ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit. Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.
"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia. "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.
Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?
Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.
"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut. "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya. Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian. Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

Thursday, January 7, 2010

Misteri Beg Hitam


Hari ni tetiba aje datang mood  nak mengemas kotak-kotak lama kat dlm bilik tidurku itu...Tengok macam dah penuh dengan habuk dah. Mana yang boleh buang kononnya nak buanglah...Ada masa sikit ni bolehlah buat. Nanti dah start training, susah gak nak cari masa...tup-tup masa tengah-tengah angkat kotak, jumpa beg dokumen warna hitam yang penuh dengan debu ni...Beg apa ni?? Kenapa dia berada disebalik kotak-kotak lama macam cuba disorok-sorokkan. Beg ni menimbulkan keraguan....tapi.... macam pernah ku jumpa beg ini...tapi di mana ya!! emmm...aku pun angkat perlahan-lahan dan kukibas serba sedikit aje...Banyak tul abuk di atasnya...tupun da hacumm beberapa kali...lama tul tersimpan tanpa diusik ni...



Akupun bukak dengan penuh berhati-hati...entah apalah barang kat dalam ni...Bila ku amat-amati rasanya...ni fail Ali ni...rasanya masa memula pindah rumah skrg ni ada aku nampak fail ni...tapi tak terbukak lak...kenapa dia sorokkan fail ni? rahsia apa yang disimpan dalam ni lak...(hati aku berbisik..ada bau-bau curiga gak). Bila dibukak..aku tengok ada banyak surat dan kad-kad yang masih baik tersimpan...Surat apa lak ni?? Hati aku dah semakin berdebar-debar ni...Akupun bukak satu persatu...dadaku bagai nak pecah dibuatnya....bila dibelek-belek lagi  ...ya Allah...aku terperanjat...rasa nak mengalir air mataku...Sungguh aku tak sangka!!!

Semua yang ada dalam beg tu mengandungi surat-surat cinta dan kad-kad yang aku bagi
kat Ali 16 tahun dulu...waktu kitaorang sedang asyik bercintan-cintun bagai nak rak tu...Elok aje tersimpan dalam fail hitam tu...Patutlah bila aku tny mana dia letak surat-surat lama yang
aku bagi kat dia, dia cakap dah lupa mana letak....
Tisu tahun 1994 pun masih elok lagi...hehehe! Ni tisu lap mulut masa dinner
ujung tahun 4th College, UM
Zaman dulu manalah ada email, hp, FB,sms so byklah surat,
nota-nota kecil, kad-kad ucapan

Zaman dulu bykkan sampul surat macam ni!
sekrg ada lagi tak?? Baru nak belajar-belajar panggil abang..
kalau tak panggil ali aje..aku bahasakan diri...ila
Ditampal kat belakang surat...hehehe..kelako aje
Ni kalau anak aku tgk mau digelakkan maknya ni...
Betul agaknya orang kata...waktu bercinta, belajar dan waktu takde duit...
menjadikan anda insan yang kreatif...manila kad yang dipotong-potong kecil pun boleh jadi kad ucapan!
Hehehe...sib baik jadi kawen...
Entak apalah suprisenya...lupalah apa insidennya...tapi dua lubang
yang ditebuk kat tepi tu rasanya riben kecil penghias kad...tapi dah hilang!
Deepavali pun sambut...pendek kata masa bercinta semua perayaan nak sambut bersama...
ada dalam kad lain yang tak diupload ada gak aku tulis Happy Wesak Day...
Apala..Wesak Day pun nak wish ke?

Banyak gaklah surat-surat yg aku bagi kat Ali. Ada panjang, ada pendek...surat bergaduh,
surat bagitau yang tgh merajuk...klu tak dia tak tau....kih!kih!kih! Sib baik masa aku jumpa ni ali takde..
kalau tak mau dia bacakan kuat-kuat surat ni kat aku...malunya!!!

Lepas ni...mesti satu masalah lain lak timbul...mesti ali tny mana semua surat yg dia bagi kat aku?
Alamak?? Mana aku simpan ni? Nak kena cari lak ni...abis...bilalah nak mengemas rumah ni... isy, isy,isy...

Korang simpan surat cinta kat mana?


Tuesday, January 5, 2010

Peluklah...

Mmm..peluk sapa lak ni??
Takdela...sekadar mengingatkan diri sendiri tentang bagaimana pentingnya menunjukkan kasih sayang kepada anak. Mengikut kajian, anak-anak yang selalu dipeluk iaitu sekurang-kurangnya tiga kali sehari akan menjadi anak yang mendengar kata, bijak dalam pelajaran, mudah dibentuk, mempunyai jati diri dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Kalau anak yang kecil memanglah selalu dipeluk, dicium, ditimang dan selalu kita beri kata-kata sayang...tetapi bagaimana pula anak yang dah bersekolah...Tanpa sedar semakin anak kita membesar semakin kurang pula kasih sayang ditunjukkan, malah makin kerap dimarahi, ditengking-tengking, dibentak-bentak...pantang anak tu salah sikit, atas alasan ingin `mengajar' ada yang menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu...

Anak yang sering dibentak-bentak dan dimaki hamun akan melahirkan individu yang keras hati, pendendam, akan terlibat dengan anasir-anasir kurang sihat dan menjadi kurang sayang kepada ibu atau bapa yang sering memperkecilkannya...Nauzubillah!

Walaupun begitu bukanlah bermaksud anak tidak boleh dimarahi, tapi mestilah diterangkan sebabnya. Mungkin kita juga boleh mengambil pendekatan denda dan reward. Maksudnya kalau dia melanggar arahan, tarik keistimewaan yang diberikan. Contohnya tak boleh main game pada minggu itu. Kalau dia berbuat baik maka adalah sesuatu yang dia seorang sahaja yang dapat disebabkan kebaikan yang dibuat...saya rasa daripada memarahi anak sampai kitapun naik `hantu', almaklumlah bagi yang bekerja...berkeluarga, cepat sungguh angin naik kepala...tapi mungkin cara ni dapat membantu kita menanganinya...

Saya pun cakap untuk diri sendiri jugak..maklumlah dah ada anak bujang yang semakin meningkat remaja ni, kena tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak...

Apa-apapun bermula hari ni boleh tak peluk anak sekurang-kurangnya 3 kali sehari??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails